resepi gulai udang nanas

Resepi Gulai Udang Nanas Yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Gulai Udang yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas cara masakan Gulai Udang yang anda boleh lakukan di rumah untuk orang tersayang. Masakan ini boleh juga dibuat sebagai juadah kenduri kendara.

Pengenalan

Gulai Udang merupakan antara masakan kegemaran saya. Sesetengah orang panggil Gulai Udang ini sebagai Masak Lemak Kuning Udang. Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya panggilGulai Udang hahah.

Di Neger Sembilan, Gulai Udang merupakan antara salah satu menu kegemaran kalau ada kenduri kendara. Kalau ada 5 kenduri, 3 daripadanya wajib ada Gulai Udang! Saya dan keluarga juga sangat suka makan Gulai Udang kerana ianya mudah dan rasa sedap manis. Apabila campur nanas, lagi sedap! Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Nampak bukan betapa terkenalnya masak Gulai Udang di Negeri Sembilan?

Fakta menarik: Orang Negeri Sembilan memang panggil masak lemak cili api/ masak lemak kuning sebagai gulai. Gulai Ayam, Gulai Ikan, Gulam Daging dan lain lain.

Kalau anda teringin nak makan Gulai Udang campur Nanas ala Negeri Sembilan ayuh ikuti artikel ini. Saya jamin pasti sedap! Jom belajar cara-cara untuk masak Gulai Udang Nanas style Negeri Sembilan:

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan untuk Resepi Gulai Udang Nanas

  1. 1/2 kg udang 
  2. 1/2 biji nanas
  3. 1 tangkai cili merah
  4. 3 tangkai cili padi
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 1 inci kunyit hidup
  7. 1 sudu kecil serbuk perasa
  8. Garam
  9. Gula
  10. 1 kotak santan kotak
  11. 1 batang serai – ketuk (tapi jangan ketuk sampai hancur)
  12. 1 helai daun kunyit

Cara Masakan Resepi Gulai Udang Nanas

  1. Kisar hancur cili merah, cili padi dan bawang putih. Kemudian masak bahan kisar tadi dengan sedikit air sehingga mendidih.
  2. Kemudian tuangkan santan kotak tadi sedikit demi sedikit. Sekiranya pekat sangat boleh tambah air.
  3. Masukkan pula daun kunyit dan serai. Kacau dan biarkan sehingga mendidih dengan api perlahan.
  4. Bila santan dah mendidih, masukkan pula nanas
  5. Biarkan masak seketika sebelum dimasukkan udang.
  6. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa.
  7. Tunggu hingga kuah mendidir dan tutup api
  8. Makanan siap di hiding! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tips:

  1. Kalau nak rasa manis udang, seeloknya jangan buang kepala dan kulit udang
  2. Untuk elak sakit perut atau alahan, sila basuh udang bersih bersih
  3. Udang tidak perlu dimasak terlalu lama, nanti akan hilang manis.
  4. Gulai udang sedap sangat kalau makan dengan telur dadar! Yum yum.

Selamat mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 13 =