resepi apam kukus coklat

Resepi Apam Kukus Coklat yang Enak dan Gebu

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kuih apam kukus coklat yang enak dan gebu untuk disediakan? Kuih apam coklat ini semestinya menjadi kegemaran para kanak-kanak. Oleh itu, ibu-ibu boleh mencuba resepi apam kukus coklat yang bakal saya kongsikan. Resepi ini mudah dan pasti sedap.

Saiznya yang kecil molek dapat menarik minat kanak-kanak. Malahan, orang dewasa juga sukakan apam kukus coklat. Bertambah enak jika dimakan bersama sos coklat. Apam kukus coklat juga boleh didapati di gerai yang menjual sarapan pagi. Untuk lebih berbaloi, anda boleh sediakan sendiri di rumah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan apam kukus coklat yang enak dan gebu.

Pengenalan

Apam kukus coklat hampir sama seperti kek kukus coklat. Tetapi, kuih apam kukus coklat menggunakan acuan kuih apam dan berbentuk bulat kecil. Kuih apam kukus coklat sesuai untuk dihidangkan pada majlis keramaian seperti majlis hari lahir dan sebagainya. Cara penyediaannya juga amat mudah. Mari kita cuba resepi apam kukus coklat seperti di bawah.

Masa Memasak: 1 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan untuk Resepi Kuih Apam Kukus Coklat

Bahan A

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan B

  • 1 cawan telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar soda bikarbonat (diayak)
  • 1 sudu besar serbuk penaik (diayak)

Cara-cara memasak resepi kuih apam kukus coklat

  1. Mula-mula, panaskan air yang banyak di dalam pengukus dalam api yang kecil kerana sementara menyediakan adunan kuih apam kukus coklat.
  2. Di dalam periuk, masukkan semua bahan A. Masak di atas api yang kecil dan sentiasa kacau sehingga semua adunan sebati supaya tidak hangit.
  3. Kemudian, pukul adunan yang telah sebati dengan menggunakan whisk ataupun mixer. Pukul sehingga adunan kembang.
  4. Masukkan telur bersama esen vanila. Pukul adunan sehingga kembang.
  5. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
  6. Pukul adunan kuih apam kukus coklat sehingga kembang.
  7. Sapukan sedikit minyak atau mentega pada setiap acuan apam.
  8. Tuang doh apam kukus coklat ke dalam acuan apam anggaran 2/3 acuan. Hal ini kerana, apam kukus coklat akan naik.
  9. Apabila pengukus sudah menggelegak panas, kukuskan adunan apam selama 20 minit dengan api perlahan.
  10. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Untuk memastikan apam kukus coklat betul-betul masak, boleh cucuk menggunakan batang lidi. Jikalau adunan tidak melekat pada lidi, bermakna apam sudah masak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − two =