Resepi Badak Berendam yang Lembut dan Sedap

Resepi Badak Berendam

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan badak berendam yang lembut dan sedap untuk disediakan? Badak berendam merupakan menu pemanis mulut tradisional Melayu dengan kuih yang berwarna hijau dengan inti kelapa dan direndam ke dalam kuah santan yang berlemak.

Kuih ini sangat popular di kalangan rakyat Pantai Timur dan semakin digemari oleh rakyat di negeri lain juga. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan badak berendam yang lembut dan sedap.

Pengenalan

Kuih badak berendam menggunakan asas tepung pulut yang dan menggunakan air pandan berwarna hijau dengan berintikan kelapa manis dan direndam ke dalam kuah santan yang berlemak.

Kuih badak berendam seakan kuih koci yang juga menggunakan tepung pulut dan berintikan kelapa manis tapi ia tidak direndam di dalam santan malah ia disaluti dengan santan dan dibalut dengan daun pisang. Mari kita cuba resepi badak berendam seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 6-7 orang

Bahan-Bahan Resepi Badak Berendam

Bahan-bahan Masakan Inti Kelapa 

  • 2 1/2 susu besar gula pasir (bergantung kepada tahap manis masing-masing)
  • 1 cawan air
  • Dua sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut 
  • 2 1/2 gula melaka
  • 2-3 helai daun pandan yang telah disimpul

Bahan-bahan Masakan Badak Berendam

  • 4 1/2 cawan tepung pulut
  • 3 cawan air
  • 6 sudu besar tepung beras
  • 10-15 helai daun pandan (dikisarkan bersama air dan tapiskan)
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau (ikut pilihan)

Bahan-bahan masakan kuah santan 

  • 2 1/2 cawan santan segar atau 1 kotak kecil santan
  • Dua cawan air
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan yang telah disimpul

Cara-Cara Memasak Resepi Badak Berendam

Cara- cara memasak inti kelapa

  1. Masukkan kelapa parut, gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam kuali. 
  2. Hidupkan api perlahan. Kacau seketika sehingga agak kering. 
  3. Masukkan tepung gandum. Dan kacau lagi seketika sehingga masak.
  4. Kemudian, bulatkan secara kecil.

Cara-cara memasak badak berendam

  1. Masukkan tepung pulut, tepung beras, air pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam mangkuk. 
  2. Uli sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk menjadi bulat.
  3. Bulatkan saiz ibu jari kaki dan leperkan. Kemudian masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan. 
  4. Bulatkan semula sehingga menutupi keseluruhan inti. 
  5. Di dalam periuk yang berisi air yang tengah mendidih, rebuskan badak berendam sehingga timbul di permukaan. Toskan air seketika sebelum dimasukkan ke dalam kuah santan.

Cara-cara memasak kuah santan

  1. Masukkan santan, air, daun pandan, garam dan gula pasir ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau sehingga kuah mendidih. 
  3. Kemudian, boleh dihidangkan bersama kuih badak berendam.
  4. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Jika kuah santan terlebih cair, anda boleh tambahkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. Kuah santan perlu sedikit pekat untuk rasa yang lebih enak.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 16 =