Resepi Pajeri Terung

Resepi Pajeri Terung Sedap dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi pajeri terung yang sedap dan lazat? Resepi kali ini, penulis ingin membawa anda mempelajari cara untuk membuat resepi pajeri terung. Pajeri terung sangat sedap apabila dimakan dengan nasi putih, nasi minyak atau apa jua jenis nasi.

Ia menjadi bertambah sedap apabila dimakan bersama nasi yang panas dan dilimpahi dengan kuah pajeri terung ini. Keenakkan pajeri terung boleh memikat siapa sahaja yang terbau aromanya bersama kerisik yang wangi.

Pengenalan

Pajeri terung sering dijadikan lauk sampingan bersama dengan lauk-lauk lain untuk dimakan bersama nasi. Masakan pajeri terung ini berasal dari utara semenanjung. Pajeri terung ini keistimewaannya terletak pada kerisik dan santannya yang menambah keenakkan rasa dan aroma yang wangi. Oleh itu, pastikan kerisik yang digunakan adalah sedap dan lazat. Adalah lebih baik jika kerisik tersebut disediakan sendiri sebelum memasak.

Selalunya kita akan dapat melihat pajeri terung di kenduri kahwin atau pun kedai makan tengah hari. masakan ini menjadi kegemaran orang ramai tidak kira yang tua ataupun muda. Pajeri terung ini menjadi pilihan utama sekiranya terhidang diatas meja. Gabungan pajeri terung dan ikan masin boleh menyebabkan kita menambah nasi! Jom, apa kata kali ini, kita buat sendiri resepi yang enak ini. Boleh kita berpeluang memikat selera keluarga kita. Mereka pasti gembira. Jom mulakan!

Waktu hidangan: 15-30 minit

Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan-Bahan Resepi Pajeri Terung

  • 3 biji terung panjang (saiz sederhana)
  • Tiga sudu besar minyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
  • 1 sudu besar kerisik
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga

Bahan untuk dikisar halus

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara-Cara Memasak Resepi Pajeri Terung

  1. Kisar halus bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering. Ketepikan seketika
  2. Potong memanjang terung dalam anggaran sejengkal panjangnya. Kemudian basuh bersih terung yang siap dipotong dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi. Kacau seketika.
  4. Kemudian masukkan rempah tumis seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan kacau seketika. Biarkan sehingga naik bau yang wangi.
  5. Masukkan pula pes bahan kisar halus yang disediakan tadi (rempah kari campur air) dan kacau agar sebati. Biarkan masak sehingga pecah minyak. Pastikan sesekali kacau agar tidak hangus.
  6. Masukkan terung, santan pekat dan kerisik. Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Letak garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika
  8. Biarkan seketika sebelum tutup api.
  9. Siap dan boleh dihidang!

Tips Berguna:

  • Lebihkan gula sedikit dalam masakan pajeri terung anda untuk rasa lebih sedap
  • Sekiranya tiada terung panjang, anda jugak boleh menggunakan terung bulat kecil
  • Masak menggunakan api yang sederhana
  • Jangan menggunakan santan yang banyak ketika membuat pajeri terung anda
  • Kacau sesekali untuk mengelakkan pajeri terung anda hangus ketika masak
  • Sediakan ulam ulaman beserta ikan masin untuk dimakan bersama nasi dan pajeri terung anda

Selamat Mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − five =