resepi bihun singapore

Resepi Bihun Singapore Goreng Memikat Rasa

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi bihun Singapore goreng yang sedap? Bihun singapore atau dikenali sebagai bihun goreng putih merupakan hidangan yang enak dinikmati ketika minum pagi atau minum petang. Masakan ini adalah kurang pedas dan sesuai untuk dinikmati oleh golongan dewasa atau kanak-kanak.

Pengenalan

Tidak seperti bihun goreng biasa yang lain, bihun goreng Singapore tidak menggunakan cili kering kisar ataupun kicap dalam masakan ini. Namun, rasa sedikit pedas dalam masakan bihun Singapore adalah datang dari lada hitam yang mana ia menjadikan hidangan ini istimewa dan digemari ramai.

Selain itu, bihun Singapore juga amat mudah untuk disediakan. Ia juga boleh dihidangkan bersama cili kicap, hirisan limau nipis, bawang goreng atau telur dadar. Mari kita cuba resepi bihun Singapore yang lazat dan enak ini untuk seisi keluarga di rumah.

resepi bihun singapore

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bihun Singapore

  • 1 paket bihun
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu besar udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 biji lobak merah (dihiris seperti batang mancis)
  • 3 batang fish cake (dihiris tebal)
  • 10 ekor udang
  • Bawang goreng
  • minyak masak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Bihun Singapore

  1. Basih dan rendam bihun 30 minit hingga sejam ataupun sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar halus bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan fish cake dan udang. Kacau rata kesemuanya.
  4. Selepas itu, masukkan kiub pati ikan bilis yang dihancurkan dan sos tiram. Gaul rata semua bahan.
  5. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, lobak merah dan garam. Kacau rata.
  6. Selepas itu, masukkan bihun. Perlahankan api dan gaul rata bihun bersama tumisan.
  7. Masukkan air sedikit jika bihun masih tidak lembut lagi serta garam secukupnya jika masih tawar.
  8. Setelah bihun lembut dan cukup rasa. Tutup api.
  9. Taburkan hirisan daun sup dan sedikit bawang goreng sebagai hiasan.

Tips Masakan:

  • Rendam dahulu udang kering supaya lebih lembut untuk dikisar atau ditumbuk.
  • Semasa memasukkan bihun, pastikan tidak gaul terlalu lama atau air diletak tidak terlalu banyak kerana boleh menyebabkan bihun kembang & hancur.
  • Untuk lada hitam, jika tumbuk biji lada akan menjadikan bihun singapore lebih enak berbanding menggunakan serbuk lada.
  • Bihun lebih lazat jika dihidangkan bersama cili padi kicap yang diperah dengan air limau nipis untuk dimakan bersama bihun. Ini membuatkan anda makan bertambah-tambah.
  • Boleh tambah sayur-sayuran lain seperti bunga kobis atau putik jagung.
  • Boleh juga dihidangkan bersama telur dadar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + nine =