resepi bihun sup ayam

Resepi Bihun Sup Ayam Mudah Dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi bihun sup ayam yang sedap? Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang satu resepi yang mudah didapati dan juga mempunyai ramai peminat iaitu bihun sup ayam. Menu ini selalunya dihidangkan semasa minum petang atau hujung minggu ketika bersantai bersama keluarga tersayang. Bihun sup ayam sangat enak dihidangkan panas-panas bersama sambal kicap. Anda juga boleh mencuba resepi ini di rumah. 

Pengenalan

Bihun sup ayam ini sesuai untuk dihidangkan untuk semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua. Selain itu, bihun sup ayam juga sangat mudah untuk dihasilkan. Anda juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Namun begitu, anda pasti berpuas hati dengan masakan ini kerana ramai yang akan makan tak cukup semangkuk! Oleh itu, saya akan kongsikan dengan anda resepi bihun sup ayam beserta bahan-bahannya seperti di bawah.

Masa Memasak: 1 jam

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bihun Sup Ayam

Bahan kuah sup ayam 

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • Akar daun sup
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pala)
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 1 kiub stok ayam
  • Garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Bawang goreng
  • Daun sup (dihiris)
  • 1 bungkus bihun (direndam kemudian dicelur)
  • Segenggam tauge (dicelur)
  • Fish cake (digoreng dahulu kemudian dipotong)

Bahan sambal kicap

  • 7 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara- Cara Menyediakan Resepi Bihun Sup Ayam

  1. Rendam bihun beberapa jam sebelum kemudian celur bihun dan ketepikan sebentar. Apabila sudah lembut, angkat dan toskan.
  2. Celur tauge seketika. Angkat dan toskan.
  3. Goreng fish cake dan potong. Ketepikan sebentar.
  4. Di dalam periuk, masukkan ayam bersama akar daun sup yang telah dibersihkan. Rebuskan ayam selama 40 minit di dalam periuk atau sehingga ayam masak.
  5. Angkat ayam yang telah masak dan racikkan isi ayam. Ketepikan sebentar.
  6. Di dalam pengisar, kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.
  7. Selepas itu, masukkan bahan kisar di dalam kuali yang berasingan. Pastikan kuali telah mempunyai minyak yang panas.
  8. Tumiskan sehingga kelayuan. Kemudian, masukkan rempah 4 sekawan.
  9. Diikuti juga dengan rempah sup adabi. Kacau sehingga pecah minyak dan naik bau.
  10. Selepas itu, masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan ayam. Renehkan seketika untuk selama 20 minit.
  11. Masukkan juga garam, kiub ayam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
  12. Beralih pula kepada sambal kicap dengan memasukkan cili padi, cili api, bawang putih, kicap manis, kicap pekat, cuka, gula dan garam.
  13. Apabila semua telah siap, bolehlah dihidangkan dengan taburkan sekali daun sup, bawang goreng, tauge, fish cake dan sambal kicap.
  14. Selamat mencuba.

Tips Berguna

  • Untuk dapatkan tekstur bihun yang betul-betul lembut, rendam bihun dalam air suhu bilik beberapa jam sebelum. Kemudian, celur seketika di dalam air panas.
  • Boleh tambahkan kunyit semasa mencelur bihun untuk warna bihun lebih menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − two =