resepi bihun sup

Resepi Bihun Sup Senang Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi bihun sup yang sedap? Pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda satu resepi istimewa yang mudah namun pasti akan menambat selera sesiapa sahaja. Resepi istimewa ini adalah bihun sup. Jika sebut sahaja menu bihun sup, sudah tentu ramai yang menyukainya. Hidangan ini sangat enak dimakan panas-panas sewaktu bersantai bersama ahli keluarga atau sahabat handai.

Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis bihun sup di Malaysia antaranya seperti bihun sup utara, bihun sup ala Thai dan bihun sup rebus. Pokoknya, hidangan bihun memang sangat sesuai dimakan bersama sup. Ditambah pula dengan sambal kicap pedas, sudah tentu boleh tambah berkali-kali. Hidangan bihun sup bukan sahaja mudah dan cepat untuk disediakan, malah ia juga sesuai untuk dihidang pada bila-bila masa. Mari kita pelajari cara-cara untuk membuat bihun sup yang sedap ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bihun Sup

  • 1 paket bihun (direndam)
  • 1/2 kg ayam (dipotong kecil / dadu)
  • 1 paket bebola ikan
  • Udang yang dibuang kulit
  • 1 batang lobak merak (potong memanjang)
  • Sayur sawi
  • Bunga kobis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 batang kulit kayu manis (boleh digantikan dengan sup bunjut)
  • 1 biji bunga lawang (boleh digantikan dengan sup bunjut)
  • 3 biji telur (jika suka)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Taburan bawang goreng
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 hiris nipis halia

Bahan cili kicap:

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili besar merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Kicap manis
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Bihun Sup

Kuah Sup: 

  1. Rendam bihun sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas, masukkan bahan kisar, tumis sehingga kekuningan dan naik bauk.
  3. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau sehingga naik bau.
  4. Selepas itu masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masak sehingga lembut.
  5. Masukkan dahulu sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah.
  6. Masukkan juga udang dan bebola. Kacau sehingga sebati.
  7. Selepas itu, masukkan air mengikut banyak mana kuah yang anda inginkan. Masukkan juga kiub pati ayam,
  8. Masak sehingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
  9. Masukkan semua sayuran yang ada.
  10. Pecahkan telur dan tutup sebentar untuk bagi telur masak sedikit.
  11. Tutup api. Kuah bihun sup siap untuk dihidang.
  12. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuangkan sedikit kuah ke dalam, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Siap!

Jika anda suka bihun yang dimasak sekali bersama kuah, boleh masukkan bihun terlebih dahulu sebelum pecahkan telur kedalam kuah.

Cili kicap:

  1. Kisar halus cili padi, cili besar merah dan bawang putih.
  2. Masukkan sedikit air dan kicap manis. Kacau sehingga sebati.
  3. Masakkan sebentar diatas api sehingga mendidih.
  4. Perasakan garam dan gula mengikut cita rasa.
  5. Cili kicap siap dimakan bersama bihun sup.

Tips Berguna:

Kuah sup yang dipanaskan lebih lama akan menjadi lebih sedap. Biarkan rempah dalam periuk semasa menceduk sup. Hanya perlu tambahkan air dan sedikit garam jika sup hampir habis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 4 =