resepi bingka pandan

Resepi Bingka Pandan Kegemaran Dulu Hingga Kini

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi bingka pandan yang sedap? Bingka pandan merupakan sejenis kuih tradisional yang diminati ramai. Bingka pandan juga sesuai untuk dihidangkan semasa minum pagi atau minum petang. Rasa kuih bingka yang lembut dan berlemak menjadikan kuih ini menjadi kegemaran bagi golongan warga emas.

Pengenalan

Bingka pandan merupakan kuih tradisi turun temurun yang masih digemari sehingga ke hari ini. Rasa kuih ini yang manis, lemak dan mempunyai aroma daun pandan menjadikan kuih ini amat disukai ramai. Kuih ini juga selalunya ditaburkan dengan bijan dan tampak lebih menarik dan menyelerakan. Cara untuk membuat bingka pandan adalah seakan sama dengan cara untuk membuat kuih bakar. Bahan-bahan untuk membuat bingka pandan juga tidaklah banyak dan cara membuatnya pun mudah sahaja.

Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk membuat bingka pandan yang sedap dan berlemak. Mari kita cuba membuatnya sendiri di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bingka Pandan

  • 1 cawan air pandan (blend 3 helai daun pandan dan tapis)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A (2 biji untuk telur saiz kecil)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin atau butter yang telah lembut pada suhu bilik
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit bijan

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Bingka Pandan

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali bijan. Kacau sehingga sebati. Boleh menggunakan blender untuk lebih cepat. Kemudian tapiskan.
  3. Sapukan loyang dengan minyak. Kemudian tuangkan adunan yang di blend tadi.
  4. Taburkan bijan di atas adunan. Selepas itu, bakar adunan pada suhu 180 C selama 40-45 minit. Gunakan api atas bawah.

Tips Berguna

  • Boleh naikkan sedikit suhu oven untuk kuih lebih garing (namun perlu kawal supaya tidak hangit).
  • Cek kuih sama ada masak atau belum dengan menggunakan lidi. Cucuk lidi pada tengah kuih dan jika licin maka kuih telah masak.
  • Tunggu kuih sejuk dahulu sebelum potong.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =