resepi kek cheese

Resepi Kek Cheese Simple, Gebu Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek cheese yang gebu dan sedap? Sebut sahaja apa jenis makanan yang mempunyai kandungan cheese, ia pasti akan menarik perhatian ramai orang yang gemar dengan cheese. Cheese atau keju merupakan bahan yang menjadi tarikan bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam industri makanan. Penambahan cheese dalam kek, kuih dan makanan-makanan lain dapat memberikan rasa cheese yang sedap, masin dan berlemak.

Pengenalan

Terdapat pelbagai variasi resepi kek cheese. Ada resepi yang mudah dan ada yang sedikit rumit. Namun bagi mereka yang sukakan cheese, apa jua jenis kek cheese pasti akan menambat selera masing-masing. Kek cheese sesuai untuk dijamu semasa minum petang. Kek ini juga amat sedap jika dihidangkan sejuk. Pada kali ini, penulis akan berkongsi resepi kek cheese yang mudah dan teksturnya lembut. Mari kita cuba membuat resepi kek cheese ini di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Resepi Kek Cheese

  • 6 keping cheese cheddar
  • 6 biji telur (asingkan bahagian kuning dan putih)
  • 1 1/2 cawan susu segar (susu kotak fresh milk)
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Kek Cheese

  1. Masukkan susu fresh milk dan cheese ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga cheese mencair.
  2. Selepas itu masukkan butter dan kacau perlahan-lahan. Tutup api, tuang ke dalam bekas dan ketepikan.
  3. Pukul telur kuning sehingga kembang. Kemudian, masukkan ia ke dalam adunan cheese dan susu tadi. Gaulkan sebati.
  4. Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga sebati.
  5. Sementara itu, ambil putih telur. Campurkan dengan gula. Kemudian pukul sehingga kembang menjadi meringue -adunan bertanduk dan tidak mengalir.
  6. Kemudian, masukkan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan cheese yang diketepikan tadi. Kaup adunan dengan perlahan-lahan dan menjadi sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi air panas (guna kaedah water bath) serta bakar pada suhu 160 C selama 50 minit- 1 jam bergantung kepada oven masing-masing. Gunakan api atas bawah.

Tips Berguna

  • Untuk mendapatkan putih telur menjadi bertanduk (meringue) pastikan tiada sedikit air pun termasuk dalam putih telur. Pukul secara konsisten dengan menggunakan mesin. Kaedah ini sama seperti resepi pavlova.
  • Gunakan lidi untuk memeriksa kek sama ada sudah masak atau belum.
  • Boleh juga letakkan topping cream cheese dan parutan cheddar di atas kek.
  • Sediakan sejuk untuk lebih sedap.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − three =