Resepi Biskut Bijan

Resepi Biskut Bijan yang Rangup dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut bijan yang rangup dan menyelerakan? Biskut bijan bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hidangan kuih raya pada musim perayaan malahan biskut bijan ini juga sesuai dijadikan sebagai kudapan semasa menonton televisyen ataupun semasa mengulang kaji pelajaran.

Biskut bijan ini menggunakan bahan asas seperti tepung dan juga bijan. Anda juga boleh menggunakan bijan putih sahaja ataupun dicampurkan juga dengan bijan hitam agar menaikkan seri warna biskut bijan ini. Biskut ini sangat rangup dan sedap. Cara penyediaannya juga amat mudah dengan hanya beberapa langkah. Bahan untuk menghasilkan biskut bijan ini juga amat mudah untuk didapati di kebanyakan pasaraya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut bijan yang rangup dan menyelerakan. 

Pengenalan

Biskut bijan boleh dijadikan stok kudapan untuk anda menonton televisyen, dibawa ke pejabat dan juga sebagai hidangan semasa majlis keramaian. Ia juga boleh dijadikan sebagai kuih raya pada musim perayaan. Biskut bijan ini juga mudah didapati di kedai dan pasaraya malahan terdapat juga dijual di Shopee. Tetapi, lagi jimat jikalau anda hasilkan sendiri di rumah kerana anda dapat hasilkan lebih banyak biskut bijan. Cara untuk menghasilkan biskut bijan ini juga amat mudah. Mari kita cuba resepi biskut bijan yang rangup dan menyelerakan ini.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Bijan

  • 1/2 cawan bijan putih
  • 1/2 cawan bijan hitam
  • 1/2 cawan mentega atau marjerin
  • 1/2 cawan gula kastor atau gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur gred B
  • 1  cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Bijan

  1. Mula-mula sekali, panggang atau sangai bijan terlebih dahulu tanpa minyak. Jangan panggang atau sangai terlalu lama cukup sekadar untuk 3 sehingga 4 mini. Kemudian, ketepikan dan biarkan bijan di tepi untuk seketika.
  2. Selepas itu, ayakk tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi di dalam mangkuk.
  3. Di dalam mangkuk yang berasingan, masukkan mentega, gula kastor dan gula perang. Pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang dan berkrim.
  4. Kemudian, masukkan pula telur dan pukul seketika sehingga bahan sebati.
  5. Setelah itu, masukkan tepung-tepung yang telah diayak sebentar tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gula dan telur tadi. Uli sehingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan separuh dari bijan yang telah dipanggang atau disangai tadi ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula sehingga sekata.
  7. Tutup doh dengan menggunakan plastik dan masukkan seketika di dalam peti sejuk selama lebih kurang satu jam agar mendapatkan biskut yang lebih rangup. Doh perlu ditutup menggunakan plastik agar bau di dalam peti tidak melekat pada doh.
  8. Setelah satu jam, keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan doh menggunakan terap acuan kemudian gaulkan atau golekkan di atas lebihan bijan yang telah dipanggang tadi.  
  9. Sapukan dulang pembakar dengan mentega kemudian susunkan doh biskut di atas dulang pembakar. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
  10. Kemudian, masukkan doh ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 190oC untuk selama lebih kurang 15 minit dan sehingga biskut masak.
  11. Apabila biskut sudah siap dibakar, angkat biskut dan sejukkan untuk seketika sebelum disusun ke dalam balang kuih kedap udara untuk dihidangkan kepada tetamu. 
  12. Selamat mencuba resepi ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − three =