Resepi Sardin Roll

Resepi Sardin Roll Yang Ringkas Dan Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi sardin roll yang mudah dan enak? Sardin roll merupakan kuih yang ringkas untuk dibuat dan sesuai dihidang sebagai kuih minuman petang atau pagi. Kuih ini juga mempunyai inti sardin di dalam dan ia digoreng dengan minyak sehingga garing.

Pengenalan Sardin Roll

Rori gulung sardin atupun sardin roll merupakan satu hidangan ringkas yang enak dan cepat untuk dibuat. Juadah ini sesuai di makan ketika minum petang, pagi atau semasa majlis kenduri kecil-kecilan. Masa yang diperlukan untuk membuat juadah ini juga tidak lama dan ia menjadi sebab juadah ini turut menjadi pilihan ibu bapa untuk dijadikan bekal kepada anak mereka ke sekolah.

Tanpa berlengah lagi, di sini penulis akan sertakan resepi penyediaan sardin roll dan juga sedikit tips ringkas dalam menyediakan juadah ini. Mari kita cuba.

Masa penyediaan : 10 minit

Masa memasak : 15 hingga 20 minit

Anggaran jumlah kuih: 9-10 biji

Bahan Bahan :

  • roti gardenia putih 10 keping
  • 2 biji telur
  • bawang besar 1 biji
  • 1 tin sardin (besar)-ambil ketulannya sahaja
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Sedikit air asam jawa (anggaran 3 sudu besar)
  • Sedikit garam dan gula (ikut rasa)

Cara penyediaan :

  1. Mula mula, kita akan buatkan inti nya dahulu
  2. Hiris halus bawang besar, merah dan putih
  3. Panaskan pula minyak untuk mula menumis bahan yang sudah dihiris tadi
  4. Selepas itu, masukkan pula sardin, jus asam jawa, garam dan gula serta biarkan hingga masak mendidih
  5. Masak sardin tadi hingga kuah menjadi pekat dan tidak berair
  6. Setelah sardin tadi masak elok, angkat dan asingkan ke dalam bekas dan hancurkan isi sardin itu
  7. Kemudian, sudukan isi sardin tadi ke atas roti gardenia dan gulung kemas, pada hujung roti tersebut bboleh gamkan menggunakan telur
  8. Setelah itu,celupkan roti yang sudah siap digulung ke dalam telur beserta sedikit garam yang sudah dipukul
  9. Kemudian, goreng ke dalam minyak yang panas

selamat mencuba resepi ini dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Elakkan menggunakan minyak lama untuk mengelakkan aroma tak enak meresapi roti itu tadi
  • Goreng tidak terlalu lama bagi mengelakkan roti hangus
  • Boleh tambahkan sedikit hirisan cili padi dalam inti sardin semasa membuat intinya untuk rasa lebih pedas
  • Boleh gunakan bancuhan tepung menyaluti roti untuk menggantikan telur untuk rasa lebih rangup

Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + nineteen =