Resepi Cucur Badak

Resepi Cucur Badak Yang Lembut Dan Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi cucur badak yang lembut dan enak? Cucur badak merupakan kuih antara kuih tradisional yang sesuai dijadikan kuih minuman petang. Kuih ini juga mengandungi isi keledek dan inti serunding kelapa didalamnya.

Pengenalan

Cucur badak biasanya di masak untuk di makan pada waktu yang santai seperti waktu petang ataupun pada hari minggu. Hidangan ini menjadi popular kerana proses penyediaannya yang tidak rumit selain rasanya yang enak pedas-pedas manis. Pemilihan keledek dan kelapa parut amatlah penting dalam pembuatan cucur badak yang lazat. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang resepi cucur badak. Jadi tanpa kita banyak membuang masa lagi, jom kita cuba buat cucur badak. Selamat mencuba ya!

Masa penyediaan : 30 minit

Masa memasak : 30 minit

Jumlah hidangan : 10 hingga 15 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Cucur Badak

  • 1/2 kelapa parut
  • 1kg keledek (kuning) dikukus dan dilecek
  • tepung gandum 2 cawan

Bahan untuk dikisar halus (inti serunding):

  • garam
  • cili kering 10 tangkai
  • serai 3 batang
  • kunyit 1 inci
  • halia seinci
  • ketumbar ½ sudu teh
  • jintan manis ½ sudu teh
  • jintan putih ½ sudu teh
  • 8 biji bawang merah
  • udang kering 3 sudu besar

Cara-Cara Penyediaan Resepi Cucur Badak

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dan tumis bahan yang sudah anda giling tadi hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan air dan kelapa parut ke dalam kuali, kacau semua bahan.
  3. Setelah itu, apabila semuanya tadi sudah mulai mengering, angkat dan asingkan di tepi untuk disejukkan
  4. Kemudian, ambil keledek yang sudah anda lecekkan tadi, gaulkan bersama dengan tepung dan bentukkan kepada bentuk bulat.
  5. Ambil inti yang sudah anda siap dan sejukkan tadi dan isikan kedalam doh keledek tadi.
  6. Kemudian, bulatkan semula doh tersebut untuk menutupi inti.
  7. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng hingga keperangan (golek-golekkan dalam minyak panas).

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Tips Berguna:

  • Tips yang agak penting, gunakan minyak yang baru sebelum mula menggoreng bagi mengelakkan aroma minyak lama bercampur dengan cucur anda.
  • Pastikan keledek kukus yang dilecek tidak berair untuk mengelakkan doh menjadi lembik.

Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera bersama keluarga.

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − twelve =