Resepi Kuih Kacang Hijau

Resepi Kuih Kacang Hijau Yang Sedap dan Lembut

Bagaimanakah cara untuk membuat kuih kacang hijau (kuih kasturi) yang sedap dan lembut? Kuih kacang hijau atau dikenali sebagai kuih kasturi ini sering didapati di gerai-gerai menjual kuih minuman petang seperti pisang goreng, cempedak goreng, cekodok, keropok lekor dan lain-lain. Salutan tepung koreng pada kuih ini menjadikan ia rangup di luar dan lembut di dalam. Ia sangat sesuai dijadikan kuih minuman petang yang dihidang bersama dengan air teh panas.

Pengenalan Kuih Kacang Hijau

Kuih kacang hijau adalah salah satu kuih tradisional yang digemari ramai terutama golongan berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini juga tidak susah. Bahan utamanya adalah kacang hijau dan beberapa bahan ringkas yang lain. Kuih ini enak jika dimakan semasa minum petang bersama sama dengan ahli keluarga yang lain terutamanya semasa hujung minggu.

Jadi pada kali ini, penulis akan kongsikan kepada anda satu resepi kuih kacang hijau yang mudah untuk dicuba oleh anda semua. Mari kita pelajari bersama-sama.

Masa penyediaan : Setengah jam (30 minit)

Masa memasak : 10 minit

Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Kacang Hijau

  • serbuk kunyit 1/2  sudu kecil
  • kacang hijau 1 cawan
  • garam halus 1/2 sudu kecil
  • air kapur 1/2 sudu kecil
  • tepung beras 1 cawan
  • tepung jagung 1 sudu besar
  • kelapa parut 3 sudu besar
  • gula pasir 3/4 cawan
  • kacang hijau 1 cawan

Cara-Cara penyediaan Resepi Kuih Kacang Hijau

  1. Mula mula sekali, rendamkan kacang hijau hingga lembut dan masak hingga menjadi empuk.
  2. Kemudian, semasa menunggu kacang hijau empuk, perhatikan airnya. Jika mulai nampak mengering, masukkan gula dan kelapa parut dan gaulkan hingga kering.
  3. Setelah itu, taburkan pula tepung gandum dan mula mengaul hingga sebati, apabia sudah mulai sejuk, angkat doh itu
  4. Ambil inti tersebut dan betukkan leper seperti begedil.
  5. Ambil mangkuk lain, campurkan tepung, air kapur, garam dan air. Pastikan adunan yang dibuat ini tidak pekat sangat.
  6. Panaskan minyak untuk mula menggoreng, ambil inti kacang tadi dan celupkan pada adunan tepung yang anda buat tadi dan goreng hingga keperangan.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • bulatkan inti kacang bagi mendapatkan hasil inti yang sama rata bagi sebiji kuih

Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − eleven =