Resepi Butir Nangka

Resepi Butir Nangka yang Sedap dan Berlemak

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi butir nangka yang sedap dan berlemak untuk disediakan? Butir nangka merupakan hidangan pencuci mulut yang popular dari Kelantan. Rasanya sangat enak dengan kuah santan yang berlemak dan manis. Butir nangka pula diperbuat dari beras pulut.

Rasa kenyal butir nangka dimakan bersama kuah santan begitu memikat selera dan sesuai dijadikan juadah pencuci mulut. Hidangan ini sering ditemui di bazaar Ramadhan. Dan ia tidak hanya popular di Kelantan sahaja malahan semakin menjadi hidangan pilihan rakyat di negeri lain juga.

Pembuatan butir nangka ini juga sangat mudah dan cepat. Oleh itu, anda boleh memasaknya sendiri di rumah. Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan butir nangka yang sedap dan berlemak.

Pengenalan

Kalau anda pergi ke Kelantan, butir nangka amat mudah untuk didapati di pasar-pasar sama ada pagi atau petang. Hidangan ini sangat popular dalam kalangan rakyat Kelantan. Tetapi, kini hidangan ini juga menjadi hidangan pilihan rakyat negeri lain juga.

Tidaklah mudah untuk didapati melainkan anda berada di Kelantan. Oleh itu, anda boleh cuba masak sendiri di rumah memandangkan cara penyediaan butir nangka ini sangat mudah. Mari kita cuba resepi butir nangka seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan Resepi Butir Nangka

Bahan-bahan Butir Nangka

  • 3 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisarkan beberapa helai daun pandan, tapis dan ambil airnya (air biasa sahaja pun boleh)
  • Pewarna makanan (mahukan warna-warni pun boleh, warna hijau sahaja pun boleh)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan masakan kuah butir nangka

  • 1 kotak santan kotak
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Gula dan garam (secukup rasa)
  • 1/2 sudu kecil halba

Cara-cara Memasak Resepi Butir Nangka

  1. Mula-mula, panaskan air yang banyak di dalam periuk.
  2. Di dalam mangkuk, satukan air kapur, air pandan dan garam. Gaul sekata.
  3. Kemudian, masukkan bancuhan sebentar tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras pulut.
  4. Uli bahan-bahan sehingga doh butir nangka tidak melekat pada tangan.
  5. Masukkan sedikit pewarna dan gaul sebati.
  6. Kemudian cubit sedikit doh butir nangka lebih kurang saiz sebesar gula-gula. Kemudian, gentelkan sehingga membentuk seperti gula-gula.
  7. Masukkan doh itu ke dalam air yang sedang mendidih.
  8. Butir nangka yang sudah masak akan terapung ke permukaan air. Kemudian, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk.

Cara-cara memasak kuah butir nangka

  1. Panaskan santan di dalam periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan daun pandan dan juga halba ke dalam kuah.
  3. Masakkan kuah dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
  4. Masukkan butir nangka yang telah ditapis air ke dalam kuah.
  5. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Kacau sehingga kuah menggelegak. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Anda perlu lebihkan gula dalam kuah butir nangka kerana ia enak dimakan bersama kuah yang manis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + two =