resepi gulai siam

Resepi Gulai Siam Ayam Buat Nasi Bertambah-Tambah 

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi gulai siam ayam yang sedap? Pada artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang satu resepi yang mungkin ramai yang tidak tahu atau sukar untuk ditemui di kedai-kedai makan. Nama resepi ini adalah gulai siam.

Selain ayam, gulai siam juga boleh ditukar dengan menu ikan. Untuk resepi kali ini, saya memilih untuk berkongsi resepi menu menggunakan ayam. Gulai siam hampir seakan sama dengan gulai masak lemak tetapi ia menggunakan bahan rempah yang lebih banyak dengan pelbagai jenis cili termasuklah cili kering, cili besar dan cili padi.

Bagi yang kurang menggemari masakan pedas, anda boleh mengurangkan sukatan cili mengikut tahap kepedasan anda. Menu ini sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas dan dijadikan sebagai menu makanan tengah hari atau malam. Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak gulai siam yang enak dan melazatkan.

Pengenalan

Gulai siam ini mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Rasanya lengkap dengan pedas, lemak, masin dan manis. Jadi, sangat berbaloi untuk anda mencuba resepi ini jika anda ingin mencuba resepi yang baru dan belum pernah dimasak di rumah. Jika minat, anda juga boleh masukkan sekali sayur seperti terung ke dalam gulai siam anda. Disini saya akan kongsikan dengan anda resepi gulai siam ayam seperti di bawah.

Masa Memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Gulai Siam Ayam

  • 1/2 ekor ayam (dipotong seperti gulai ayam biasa dan dibasuh bersih)
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • Sedikit belacan *
  • 2 tangkai cili besar merah *
  • 5-6 tangkai cili kering*
  • 2 biji buah keras *
  • 1 batang serai *
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 keping asam keping
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 ketul gula melaka
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara- Cara Menyediakan Resepi Gulai Siam Ayam

  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian, tumiskan bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit agar warna gulai siam lebih cantik dan menarik. 
  3. Selepas itu, masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Kacau sebati. Tambahkan sedikit air jika nampak sedikit kering bagi mengelakkan hangus.
  4. Masukkan asam keping dan gaulkan sehingga ayam masak. 
  5. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. 
  6. Kemudian, masukkan daun limau purut berserta garam dan gula melaka. Sesuaikan rasa mengikut selera anda. 
  7. Gulai siap dah pun siap. Selamat mencuba.

by Nurul Anis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =