resepi siakap stim

Resepi Siakap Stim Ala Thai Lazat Terangkat

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi siakap stim ala Thai yang sedap? Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang satu menu yang sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap kali berkunjung ke restoran masakan thai iaitu menu siakap stim ala thai . Menu ikan siakap stim ala thai ini mempunyai kombinasi rasa masam, manis dan pedas. Cara penyediaan ikan siakap stim ini amat mudah untuk disediakan. Ia hanya menggunakan teknik kukusan sahaja. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan cara-cara untuk menyediakan ikan siakap stim ala thai yang sedap dan simple.

Pengenalan

Menu ikan siakap stim ini berasal dari negara Thailand yang mana ia merupakan menu yang sangat popular. Menu istimewa ini kemudiannya menjadi menu kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi kebiasaan dijual di mana-mana restoran. Walaupun anda boleh menempah hidangan ini di restoran, kali ini apa kata jika anda memasaknya sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, cara penyediaannya juga amat mudah dan bahan yang diperlukan juga senang untuk didapati. Mari kita mencuba untuk membuat resepi siakap stim ala Thai seperti di bawah.

Masa Memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan Resepi Siakap Stim Ala Thai

  • Satu ekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dibelah 2)
  • 1 batang serai (dipotong serong atau dititik)
  • 2 inci halia (dihiris saiz mancis)
  • 3-4 tangkai cili api merah -boleh tambah jika mahu lebih pedas
  • 3-4 tangkai cili padi hijau
  • 4-5 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
  • 1-2 batang daun ketumbar
  • 3 sudu besar stok ayam
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 mangkuk air masak

Cara- Cara Menyediakan Resepi Siakap Stim Ala Thai

  1. Siang dan belah isi perut ikan siakap. Basuh bersih ikan tersebut. Toskan. Hiriskan sedikit pada badan ikan siakap.
  2. Kemudian, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan siakap yang telah dicuci bersih.
  3. Perah limau nipis ke atas ikan siakap. Kukuskan ikan untuk selama 15 minit.
  4. Sementara itu, untuk kuahnnya, goreng bawang putih tanpa minyak. Apabila bahan putih sedikit warna keperangan, masukkan serai yang dipotong serong, cili api, cili padi, stok ayam, kicap sotong, gula dan air. Kacau sebati sehingga mendidih.
  5. Kemudian, tuangkan kuah dan taburkan daun ketumbar yang telah dihiris ke atas ikan yang telah dikukus sebentar tadi. Dan, sambung kukus untuk selama 5 minit agar kuah menyerap sekata ke dalam ikan.
  6. Sebagai hiasan, boleh letakkan hirisan limau nipis atas ikan.
  7. Apabila ikan telah siap dikukus, bolehlah dimakan bersama nasi putih panas.
  8. Selamat mencuba.

Tips Berguna:

  • Boleh gunakan gula somtam Thai untuk rasa lebih enak dan asli citarasa Thailand. Selain itu, gula ini juga lebih mudah larut.
  • Jika tiada kicap sotong, boleh gantikan dengan sos ikan.
  • Boleh tambah air limau nipis dalam kuah untuk rasa lebih masam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 10 =