Resepi Kambing Kurma

Resepi Kambing Kurma Empuk dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi kambing kurma yang empuk dan lazat? Resepi kali ini ialah resepi masakan yang menyelerakan iaitu lauk kambing masak kurma. Kambing masak kurma ini sangat sedap apabila dimakan bersama nasi putih panas bersama sambal belacan. Selain nasi putih panas, lauk ini juga boleh dinikmati bersama nasi beriani, nasi minyak dan nasi tomato. Selain itu, anda juga boleh menjadikan kuah kurma kambing sebagai pencecah roti anda. Ia pasti menambat selera anda!

Pengenalan

Masakan kambing kurma akan menjadi bertambah lazat sekiranya daging kambing lembut dan senang tertanggal dari tulangnya. Oleh itu, anda boleh menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan untuk merebus dahulu daging kambing anda. Sekiranya tiada, anda boleh sahaja merebus daging kambing terlebih dahulu sehingga empuk sebelum memasak kuah kurma. Okay! Mari kita mulakan resepi kali ini.

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak:1 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 8-10 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Kambing Kurma

  • 1 kg daging kambing (boleh juga pilih bahagian yang bertulang)
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 biji cili hijau kecil atau cili padi
  • 4 biji kentang, potong dadu besar
  • 1 batang lobak merah. potong dadu besar
  • 2 biji bawang besar, belah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • sedikit air/ ketulan gula melaka
  • garam secukup rasa

Bahan untuk bancuhan pes (dengan air):

  • 4-5 sudu besar rempah daging kurma
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 batang cengkih
  • 2 tangkai daun kari

Cara Penyediaan Resepi Kambing Kurma

  1. Bersihkan daging kambing dengan air bersih dan toskan airnya.
  2. Masukkan air kedalam periuk anggaran 3/4 dari periuk dan panaskan air. Kemudian masukkan daging kambing dan biarkan ia rebus sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
  3. Gunakan periuk yang lain, masukkan minyak didalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumiskan sehingga naik bau yang wangi dan pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan pula rempah pes yang telah dibancuh ke dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak. Pastikan rempah tidak terlalu garing dan kering. Sekiranya berlaku, masukkan air sedikit supaya rempah tidak hangus.
  5. Masukkan kambing yang telah direbus dan kentang serta gaul sebati agar rempah meresap pada daging. Kemudian masukkan air rebusan sehingga daging dan kentang tenggelam dan biarkan ia mereneh.
  6. Masukkan santan, air asam jawa, lobak merah dan bawang besar. Kacau agar sekata dan biarkan masak sehingga kentang dan lobak menjadi empuk. Pastikan api sederhana dan tidak besar.
  7. Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukup rasa beserta cili hijau. Kacau dan biarkan seketika.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 16 =