Resepi Frambozen Kenari yang Manis dan Sedap

Resepi Frambozen Kenari

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi biskut frambozen kenari yang manis dan sedap untuk disediakan? Biskut frambozen kenari adalah sejenis biskut yang mempunyai nama yang unik tapi rasa yang sedap. Rasanya manis dan masam dan rupanya begitu menarik.

Biskut ini mungkin bukanlah antara biskut raya yang popular namun ia banyak dijual di pasaraya. Tambahan pula, biskut ini bukan jenis biskut yang mudah untuk dihasilkan namun ia tidaklah begitu rumit untuk disediakan. Biskut ini juga sering didapati di hotel-hotel terutama ketika ada hidangan makanan buffet. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut frambozen kenari yang manis dan sedap.

Pengenalan

Biskut frambozen kenari ini mempunyai rasa yang manis dan masam serta teksturnya yang sedikit kenyal menjadikan ia begitu sedap dimakan. Biskut ini bukanlah antara biskut wajib ada pada hari raya tetapi biskut ini amat sesuai jika dijadikan sebagai kudapan. Selain itu, biskut ini juga adalah sejenis biskut yang moden dan sesuai untuk disajikan pada majlis parti hari jadi atau majlis keramaian. Oleh sebab itu, biskut ini sering dihidangkan di hotel sebagai pencuci mulut ketika makan buffet di sana. Selain mendapatkannya di hotel, anda boleh cuba membuat biskut ini sendiri di rumah. Mari kita cuba resepi biskut frambozen kenari yang manis dan sedap ini.

Masa Memasak: 1 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Frambozen Kenari

Bahan-bahan A

  • 200 gram mentega
  • 50 gram gula kastor
  • 250 gram tepung gandum
  • 50 gram serbuk badam
  • Esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Jem strawberry

Bahan-bahan B

  • 2 biji putih telur
  • 70 gram gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan hiasan:

  • Badam
  • Kuaci

Cara- Cara memasak Resepi Frambozen Kenari

  1. Mula-mula sekali, ayakkan tepung gandum terlebih dahulu.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingn, masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan mixer atau whisk sehingga kembang berwarna putih dan berkrim. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila dan  pukul sampai rata. 
  3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum yang telah diayak sebentar tadi sedikit demi sedikit diikuti pula dengan serbuk badam. Setelah itu, uli bahan-bahan tersebut secara perlahan sehingga membentuk doh yang lembut.
  4. Sediakan loyang petak bersaiz 10×10 dan isikan doh ke dalam loyang. Padatkan doh di dalam loyang sehingga menutupi keseluruhan loyang. Cucukkan adunan dengan menggunakan garfu.
  5. Bakar adunan pada suhu 150oC selama lebih kurang 20 minit.
  6. Apabila biskut telah siap dibakar, keluarkan biskut dan sapukan jem strawberry di atas biskut yang telah siap dibakar. Ketepikan sebentar.
  7. Di dalam mangkuk yang berasingan, masukkan putih telur dan gula aising. Pukul sehingga kembang dan menjadi sedikit kental. Kemudian, masukkan tepung jagung. Sambung pukul sehingga sebati.
  8. Setelah itu, letakkan adunan telur, gula aising dan tepung jagung yang telah kita pukul sebentar tadi ke atas biskut yang telah siap dibakar dan disapu jem strawberry.
  9. Taburkan kacang badan dan kuaci ke atas adunan putih telur itu. Bakar doh biskut di dalam ketuhar selama 1 jam atau sehingga biskut masak dengan suhu 125oC. Bergantung juga kepada ketuhar masing-masing.
  10. Akhir sekali, apabila biskut sudah siap dibakar, sejukkan terlebih dahulu di atas redai. Dan sedia untuk disajikan kepada tetamu dan boleh disusun ke dalam balang biskut.
  11. Selamat mencuba resepi ini.

Tips berguna:

  1. Elakkan topping daripada terkena minyak atau mentega supaya kuih kita tidak bantat.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Dahlia
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × one =