resepi biskut sarang semut

Resepi Biskut Sarang Semut yang Sedap dan Lembut

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut sarang semut yang sedap dan lembut untuk disediakan? Biskut sarang semut merupakan salah satu kuih raya tradisional yang sangat popular dan sering sahaja ditemui di setiap rumah pada musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Malahan biskut ini juga mudah untuk didapati di pasaraya ketika musim perayaan jikalau ada yang tidak berkesempatan untuk menghasilkan kuih raya sendiri.

Biskut sarang semut ini bukan sahaja sedap untuk dimakan bahkan amat mudah untuk dihasilkan. Ia hanya menggunakan bahan asas dan mudah untuk didapati di pasaraya dan juga di kedai bakeri. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut sarang semut yang sedap dan lembut. 

Pengenalan

Biskut sarang semut agak unik bentuknya dan tidak seperti biskut raya yang lain. Biskut lain kebiasaannya berbentuk bulat dan juga boleh diterap menggunakan acuan tetapi biskut sarang semut mempunyai tekstur bulat memanjang kecil-kecil seperti sarang semut kerana hasil daripada parutan. Untuk mendapatkan testur dan bentuk yang lawa, saya akan kongsikan beberapa tips. Tips ini adalah supaya tekstur biskut sarang semut yang terhasil kelak tidak mudah hancur. Cara untuk menghasilkan biskut sarang semut ini juga amat mudah dan anda boleh cuba di rumah.  Mari kita cuba membuat resepi biskut sarang semut yang sedap dan lembut ini.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Sarang Semut

  • 150 gram mentega 
  • 50 gram gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 gram tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
  • 100 gram tepung kastard (diayak terlebih dahulu)
  • 30 gram tepung jagung (diayak terlebih dahulu)
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (diayak terlebih dahulu)
  • Cawan kertas kecil secukupnya
  • Chocolate rice (sebagai hiasan)

Cara- Cara membuat Resepi Biskut Sarang Semut

  1. Mula-mula sekali, ayakkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan serbuk penaik. Satukan di dalam mangkuk.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, masukkan mentega, gula icing dan esen vanila. Kacau dan gaul sebati bahan-bahan tersebut dengan hanya menggunakan spatula. Gaul sehingga adunan berkrim dan kembang. 
  3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan serbuk penaik yang telah diayak sebentar tadi sedikit demi sedikit. Setelah itu, uli bahan-bahan tersebut secara perlahan sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
  4. Balut doh menggunakan plastik dan masukkan ke dalam peti ais untuk selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, parutkan doh menggunakan pemarut.
  5. Setelah itu, dengan menggunakan garpu, masukkan doh yang telah disagat tadi ke dalam cawan kertas kecil.
  6. Kemudian, hiaskan dengan hiasan chocolate rice yang berwarna warni.
  7. Buat sehingga doh habis. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
  8. Apabila semua doh telah siap diisi di dalam cawan kertas, susunkan di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehigga biskut masak dengan suhu 180oC.
  9. Akhir sekali, sedia untuk disajikan kepada tetamu dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum disusun ke dalam balang biskut.
  10. Selamat mencuba resepi ini.

Tips Berguna:

  1. Sejukkan doh terlebih dahulu sebelum disagat agar doh senang diparut dan parutkan secara satu hala agar tekstur biskut tidak hancur.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Dahlia
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 15 =