Resepi Tauhu Bergedil

Resepi Tauhu Bergedil Bersama Kicap Padu

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi tauhu bergedil dan kicapnya? Menu makanan tauhu bergedil sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Resepi yang diolah kreatif ini telah mendapat sambutan ramai kerana rasanya yang unik dan sedap. Hidangan tauhu bergedil juga menjadi lebih sedap dengan adanya kicap padu untuk dicicah.

Pengenalan

Bagi peminat tauhu, tauhu bergedil adalah salah satu hidangan yang pasti menjadi kegemaran. Tauhu begedil juga pernah menjadi viral pada suatu ketika dahulu dan ia menjadi sumber pendapatan pada peniaga-peniaga. Walaupun hingga ke hari ini, menu ini tetap menjadi pilihan bagi kebanyakkan pembeli. Keistimewaan tauhu begedil adalah pada pada intinya. Apabila cukup bahan dan cukup rasanya, pasti tauhu begedil ini akan menjadi sedap, ditambah pula dengan kuah kicap yang padu. Ia pasti lagi dapat membangkitkan selera anda yang tengah makan.

Apa kata pada kali ini, kita cuba buat tauhu begedil sendiri di rumah. Resepinya pun sangat mudah dan ringkas. Anda juga boleh membuat mengikut selera anda. Jom! Apa tunggu lagi. Kita mula sekarang.

Masa Penyediaan: 30-40 minit

Jumlah Hidangan: 25 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Tauhu Bergedil

Bahan-bahan untuk tauhu bergedil:

  • 25-30 biji tauhu kering
  • biji bawang besar
  • 150g daging kisar
  • 6-7 biji kentang
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit daun sup
  • bawang merah 10 biji
  • bawang besar 3 biji
  • sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • sedikit tepung jagung
  • minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk cili kicap:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan kicap manis cap ABC
  • 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang
  • 2 biji limau nipis

Cara Penyediaan untuk Resepi Tauhu Bergedil

Penyediaan untuk tauhu begedil:

  1. Guntingkan bahagian permukaan atas tauhu kering sedikit secara bersilang (bentuk X) untuk keluarkan isinya. Asingkan tauhu dan isinya dalam bekas yang berlainan.
  2. Buang kulit dan hiriskan kentang. Kemudian basuh dengan air bersih dan toskan air.
  3. Panaskan minyak, masukkan kentang tadi dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Hiris halus daun sup dan cili merah. Ketepikan.
  5. Hiris nipis bawang merah dan potongkan dadu bawang besar. ketepikan
  6. Gunakan minyak yang sama tadi, panaskan semula dan goreng hirisan bawang merah sehingga bertukar keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan
  7. Terus masukkan bawang besar dan daging kisar kedalam kuali panas tadi. Tumis kedua bahan ini sehingga air daging menjadi kering. Gaul kedua dua bahan supaya sebati dan masak sekata.
  8. Kemudian letakkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul lagi sehingga sebati adunan.
  9. Bila adunan tadi sudah masak, angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
  10. Hancurkan atau lenyek kentang yang digoreng tadi sehingga betul betul hancur. Gunakan cawan untuk melenyek kentang.
  11. Kemudian, masukkan isi tauhu, cili merah, daun sup, daging yang digoreng tadi, bawang goreng tadi, lada sulah dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati dan sekata.
  12. Ambil tauhu kering yang dikosongkan tadi, dan mulakan isi bahan campuran tadi ke dalam tauhu kering. Buatkan sehingga habis semuanya.
  13. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit tepung jagung dan garam. Kacau sehingga sebati telur anda.
  14. Panaskan minyak didalam kuali anda. Gunakan api yang sederhana besar.
  15. Celupkan tauhu dalam bancuhan telur dan gorengkan dalam minyak yang panas. Gorengkan tauhu begedil sehingga ia bertukar warna keperangan dan garing.
  16. Angkat tauhu dan siap untuk dihidangkan.

Penyediaan untuk sambal kicap:

  1. Hiris halus bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Potong dua cili padi dan cili merah. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. Goreng sehingga layu dan angkat. Toskan minyak dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan kesemua bahan yang digoreng kedalam pengisar bersama kicap manis cap abc dan cap kipas udang. Kisar kesemua bahan ini.
  5. Kemudian tuang didalam mangkuk dan perahkan limau nipis.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + twenty =