Resepi Kari Ikan Merah yang lazat dan Sedap

resepi kari ikan merah

Anda teringin untuk memasak resepi kari ikan merah yang lazat? Untuk artikel kali ini kami akan membincangkan cara memasak, bahan bahan yang diperlukan untuk resepi ini dan tips berguna berkaitan hidangan ini.

Pengenalan

Kebiasaannya, ikan merah yang digunakan dalam resepi ini menjadi elemen penting dalam kesedapan hidangan ini, ikan merah yang segar akan menaikkan lagi rasa masakan ini di samping rasa kari pekat yang penuh rasa akan membuatkan kita kecur lidah. Selain daripada bahan bahan yang dinyatakan, hidangan ini turut mempunyai sayuran yang melengkapkan hidangan ini.

Jadi tanpa banyak membuang masa lagi, mari kita lihat resepi nya di bawah.

Masa penyediaan : 15 minit

Masa memasak : 20 minit

Jumlah Hidangan : 4-6 orang

Bahan bahan Resepi Kari Ikan Merah

Bahan untuk ditumbuk kasar

  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Bahan untuk bancuhan rempah

  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air

Bahan bahan lain

  • Minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 ekor ikan merah
  • 1 mangkuk santan cair
  • Air
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 mangkuk satan pekat
  • Garam
  • 12-15 batang bendi
  • 2 biji tomato

Cara penyediaan Resepi Kari Ikan Merah

  1. Cicang kasar bawang merah,bawang putih serta halia
  2. Masuk kesemuanya didalam lesung dan tumbuk kasar
  3. Sediakan bancuhan rempah
  4. Masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  5. Potong bendi, cili merah dan tomato yang sudah dibelah empat
  6. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang sudah ditumbuk kasar
  7. Masukkan pula daun kari dan halba campur
  8. Kacau sehingga bawang mulai kekuningan dan sedikit garing
  9. Kemudian tuang pula bancuhan rempah kari
  10. Kacau sekata sehingga mulai pecah minyak
  11. Tambahkan sedikit air
  12. Bila sudah mulai nampak kering, masukkan pula pati air asam jawa
  13. Masukkan pula ikan merah
  14. Masak sekejap sehingga lima minit
  15. Kemudian masukkan pula santan cair
  16. Tambahkan pula cili merah dan masak sehingga 10 minit
  17. Masukkan pula santan pekat
  18. Jika kari nampak terlalu pekat, masukkan sedikit air
  19. Tambahkan pula sedikit air asam jawa
  20. Tambahkan garam
  21. Masukkan bendi serta tomato
  22. Hidangan siap dan boleh dihidangkan apabila sayur mulai nampak masak

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Untuk menghilangkan hanyir ikan, cuci dan basuh ikan dengan asam jawa
  • Disarankan menggunakan kuali yang tebal untuk mengelakkan rempah cepat hangus
  • Masukkan santan pekat pada penghujung masakan bagi mengelakkan masakan menjadi berketul ketul sehingga kari pecah minyak

Selamat mencuba dan menjamu selera dengan resepi yang dikongsikan.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × five =