resepi sambal tempoyak ikan bilis

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang Lazat

Musim buah durian sudah tiba kan. Kita boleh lihat buah durian  yang berlambak ditepi jalan untuk dijual. Penulis suka buah durian kampung sebab rasanya yang pahit pahit berlemak. Memang sangat enak sekali dimakan  dan lebihan durian tu boleh lah jadikan tempoyak. Wah! Sekarang ni pelbagai resepi dah pikir dekat kepala ni. Salah satunya resepi sambal temponyak ikan bilis goreng.

Pasti terangkat bila makan nanti. Makan pula dengan nasi yang panas, pasti berpingan akan tambah. Penulis pasti anda akan menggemari masakan ini kerana kelazatan tempoyak yang dimasak bersama cili api dan ikan bilis. Tambah pula petai sebagai penambah rasa masakan anda, pasti menjilat jari anda.

Pengenalan

Kali ini penulis nak ajak anda untuk sama sama belajar masakan yang bertemakan buah durian iaitu sambal tempoyak ikan bilis goreng. Masakan ini selalunya dijadikan lauk tengah hari penulis dan dimakan bersama nasi yang panas dan ulam ulaman.

Masakan kali ni sangat mudah dan pantas disediakan tetapi sangat lazat sehingga anda tidak akan melihat lauk lauk lain yang ada disekeliling anda. Anda tidak sabar bukan? Jangan buang masa kita lagi. Jom! Kita selami resepi kali ini.

Masa Hidangan: 15-20 minit

Jumlah Hidangan: 2-3 orang

Bahan untuk Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis

  • 2 papan petai
  • 2 sudu besar temponyak
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15-20 bji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Garam dan gula
  • Minyak

Cara membuat Resepi Sambal Tempoyak Ikan bilis Goreng

  1. Kupikkan petai sehingga habis dan basuhkan bersih. Kemudian tos kan air dan ketepikan
  2. Kisarkan 1/2 biji bawang besar, bawang putih, cili api dan kunyit hidup sehingga hancur. Ketepikan seketika
  3. Bersihkan ikan bilis dengan air dan toskan air
  4. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan ikan bilis tadi ke dalam kuali yang panas
  5. Goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan
  6. Gunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan pula bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  7. Kemudian masukkan temponyak dan kacau seketika
  8. Masukkan pula ikan bilis tadi dan kacau seketika. Biarkan dalam 5 minit
  9. Masukkan petai dan kacau supaya sebati agar petai dan ikan bilis anda diselamuti sambal tempoyak
  10. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa
  11.  Masukkan sedikit air dan kacau
  12. Biarkan seketika sehingga menjadi pekat
  13. Angkat dan hidangkan

Tips

  • Jika anda bukan seorang penggemar petai, anda boleh untuk tidak meletakkan petai didalam masakan anda
  • Boleh kurangkan cili api sekiranya anda bukanlah penggemar makanan pedas
  • Kalau nak lebihkan temponyak pun boleh supaya berlemak lagi. Boleh mengikut citarasa anda sendiri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − six =