Resepi Ikan Siakap Stim Asam Boi

Resepi Siakap Stim Asam Boi Yang Mudah

Buntu bila kene masa yang kita tak tahu nak masak ape hari tu. Buka peti ais nampak ikan siakap, tetapi kita buntu nak masak ape. Anda pernah alami tak situasi macam ini? Penulis selalu alami perkara macam ini bila dirumah. Ha! Selain ikan siakap tiga rasa, sup ikan siakap, siakap stim lemon, apa kata kali ni, anda cuba pula masak resepi siakap stim asam boi. Masakan yang lebih kurang sama dengan siakap stim lemon tapi kali ini kita ganti kan dengan asam boi pula.

Pengenalan

Rasa asam boi yang masin, masam dan manis akan menambahkan kelazatan siakap stim anda. Bahan bahan yang mudah didapati dan sangat mudah dihidangkan menjadi bonus untuk anda menyediakan sekiranya anda bujang atau yang sibuk bekerja.

Tak perlu berceloteh lagi kan. Jom! Kita sama sama terokai resepi ikan siakap stim asam boi ini. Semoga anda berjaya!

Masa Hidangan: 15-35 minit

Jumlah Hidangan: 3-4 orang

Bahan untuk Resepi Siakap Stim Asam Boi

  • 1 ekor siakap
  • 5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1/2 batang karot
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kimau nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • Garam

Cara Memasak Resepi Siakap Stim Asam Boi

  1. Siang dan kelar dibahagian badan. Pastikan kelar di dua belah bahagian ikan
  2. Basuhkan ikan dengan perahan limau nipis dan bilas bersih dengan air. Ketepikan seketika.
  3. Hiriskan halus halia,  bawang putih dan bawang merah. Ketepikan
  4. Potong halus dan memanjang karot  dan ketepikan
  5. Potongkan tomato kepada 4 bahagian dan ketepikan
  6. Panaskan air didalam pengukus sehingga mendidih.
  7. Sementara menunggu air didalam pengukus mendidih, masukkan ikan siakap yang sudah dibersihakn tadi didalam loyang yang bersih
  8. Taburkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan karot di dalam loyang.
  9. Letakkan pula asam boi putih ke dalam loyang juga
  10. Masukkan perahan jus limau nipis dan sos ikan ke dalam loyang
  11. Kemudian masukkan bancuhan air dan tepung jagung ke dalam loyang dan kacau dengan hati hati agar kuah menjadi sekata campurannya
  12. Taburkan garam secukup rasa
  13. Masukkan loyang yang sudah berisi ikan ke dalam pengukus yang sudah panas
  14. Biarkan ikan kukus selama 15-20 minit
  15. Kemudian, buka penutup pengukus dan letakkan daun ketumbar bersama tomato yang sudah dipotong
  16. Kukus lagi selama 5 minit. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips

  • Selain asam boi putih, anda boleh menggunakan asam boi jeruk ataupun asam boi hitam
  • Pastikan anda menggunakan loyang yang tahan panas
  • Anda boleh meletak kan beberapa biji cili api bagi anda penggemar makanan pedas

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − 6 =