Resepi Siakap Goreng Sos Plum Yang Lazat

resepi siakap goreng sos plum

Ape masakan yang best untuk ikan siakap ini? Ha! Macam macam resepi kita akan jumpa, antaranya resepi siakap goreng sos plum. Dengar je sos plum pasti akan teringat rasa sos yang masam dan manis dan kepekatan dia yang akan buat anda terliur. Sos plum ini selalu digunakan dalam masakan cina atau sebagai pencecah makanan. Sos plum ini berwarna perang kekuningan.

Pengenalan

Masakan kali ini sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak untuk memasak. Masakan ini sangat sesuai untuk anda yang bujang dan ibu ibu diluar sana yang seharian bekerja.

Masakan ini sangat mudah tetapi akan memancing selera si pembau tau. Kalau dah bau pun dah lazat apatah lagi bila makan kan? Amboi! Rasa tak sabar pulak penulis. Mari kita sama sama cuba resepi siakap goreng sos plum ini.

Masa Hidangan: 20-35 minit

Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan untuk Resepi Siakap Goreng Sos Plum

Bahan Asas

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • daun ketumbar
  • daun bawang

Bahan untuk kuah sos plum:

  • 1/2 cawan sos plum
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia muda
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis

Cara Penyediaan Resepi Siakap Goreng Sos Plum

Cara Menggoreng Ikan Siakap

  1. Siang dan kelarkan ikan siakap. Pastikan ikan siakap dikelar di dua bahagian badan
  2. Basuhkan ikan dengan perahan limau nipis dan bilas dengan air sehingga bersih
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan pastikan minyak banyak untuk ‘deep fry’ ikan siakap nanti
  4. Sementara tunggu minyak panas, salutkan ikan siakap yang sudah dibersihkan dengan tepung jagung dan letakkan sedikit garam
  5. Masukkan ikan siakap tadi kedalam minyak yang panas. Gorengkan sehingga masak dan garing luarannya.
  6. Angkat dan toskan minyak

Cara-cara untuk sos plum:

  1. Hiriskan halus bawang putih, bawang merah dan halia. Ketepikan
  2. Potong bulat bawang besar dan ketepikan
  3. Potong kecil kecil cili padi dan ketepikan
  4. Perahkan limau nipis untuk mendapatkan jusnya dan ketepikan
  5. Panaskan 2 sudu besar minyak yang digunakan untuk goreng ikan tadi
  6. Tumiskan hirisan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau yang harum
  7. Masukkan pula sos plum, sos cili thai dan sos ikan. Kacau supaya kuah sekata
  8. Masukkan pula perahan jus limau nipis dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak
  9. Tambahkan air mengikut kepekatan yang anda mahukan
  10. Kemudian masuk kan bawang besar dan garam secukup rasa
  11. Biarkan kuah masak dan mendidih seketika
  12. Bila sudah masak angkat dan tuangkan sos plum ke atas ikan siakap anda.
  13. Taburkan daun ketumbar atau daun bawang diatasnya

Selamat mencuba!

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 + nine =