Resepi masak lemak rebung

Resepi Masak Lemak Rebung Cili Padi yang Lazat

Kali ini penulis nak bawa anda dengan resepi masak lemak rebung. Kalau sebut masak lemak pasti akan teringat kuah yang kuning pekat dan rasanya yang berlemak. Ditambah pula dengan rasa kepedasan akan membuatkan anda tidak akan tinggalkan meja makan secepat yang mungkin.

Pengenalan

Masak lemak rebung ni sangat lazat dan menjadi pilihan utama orang ramai jika berada di restoran makanan tengah hari. Udang harimau, ikan sembilan dan ikan masin selalunya menjadi perencah untuk memasak masakan lemak rebung.

Aromanya saja sudah membuatkan perut anda berkeroncong, belum lagi merasa sendiri kelazatan masak lemak rebung. Mari sama sama kita belajar cara cara untuk buat masak lemak rebung cili padi

Masa Hidangan: 20-30 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan untuk Resepi Masak Lemak Rebung

Bahan Asas

  • 4-5 cawang rebung yang telah siap dihiris halus
  • 6 ekor udang saiz sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 3/4 cawan pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan yang dikisar halus

  • 15-20 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawnag putih

Cara Penyediaan Resepi Masak Lemak Rebung

  1. Cuci bersih udang dengan air. Pastikan muncung tajam udang dan bahagian kaki kecil dibuang dan bersihkan kotoran dibahagian kepalanya dan ketepikan
  2. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih dan masukkan garam sedikit
  3. Sementara menunggu air mendidih, cuci bersih rebung dan toskan airnya
  4. Masukkan rebung yang siap dicuci ke dalam air yang mendidih dan rebuskan ia sehingga menjadi lembut. Bila dah lembut, angkat dan toskan air. Ketepikan
  5. Kisar halus cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan
  6. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus dan serai yang ditumbuk kedalam periuk.
  7. Kemudian masukkan kan pati santan ke dalam periuk dan kacau bagi sekata kuahnya.
  8. Tambahkan air sekiranya kuah terlalu pekat dan kacau lagi
  9. Masukkan pula udang dan biarkan sehingga udang bertukar warna. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak berbuih ketika masak
  10. Masukkan rebung dan asam gelugor pula. Kacau seketika dan biarkan ia mendidih
  11. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika
  12. Kemudian masukkan daun kunyit pula dan biarkan ia seketika (anggaran 5 minit)
  13. Angkat dan hidangkan.

Tips

  • Pastikan masak diatas api yang sederhana besar
  • Boleh kurangkan kuantiti cili padi sekiranya anda bukan penggemar makanan pedas
  • Selain undang, ikan sembilan, ikan masin anda juga boleh menggunakan ayam sebagai perencah untuk masak lemak rebung
  • Sediakan ulam ulaman ketika makan, ini kerana akan membangkitkan lagi selera anda ketika makan
  • Anda juga boleh meletakkan kiub ikan bilis dan belacan didalam masak rebung anda

Selamat Mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − one =