resepi singgang ikan tenggiri

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Ala Kelantan

Resepi kali ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet atau pun sedang berpantang. Ini kerana masakan kali ini tidak menggunakan minyak, santan dan tidak perlu menumis. Masakan ini sangat mudah dan mempunyai kalori yang rendah. Masakan ini tidak memerlukan anda untuk serabut memikir kan bahan bahannya. Ha! Sudah dapat teka resepi kali ini? Kali ini penulis membawa anda dengan resepi singgang ikan tenggiri ala Kelantan.

Pengenalan

Kenapa ala Kelantan pula? Masakan ini tidak menggunakan kunyit tetapi menggunakan lengkuas yang banyak. Lain pula kalau ala terengganu, masakan singgang menggunakan kunyit dan kuahnya sedikit kekuningan.

Kali ini kite nak belajar ala Kelantan punya, kita akan buat mengikut masakan ala Kelantan. Masakan ikan singgang tenggiri ala kelantan ini ialah sejenis masakan sup ala kampung yang sangat pantas dan mudah disediakan. Bahan bahannya pula mudah untuk dicari di kedai berdekatan anda.

Singgang ikan tenggiri ala Kelantan ini sedap dimakan bersama nasi yang panas, budu dan ulam ulaman. Jangan buang masa kita lagi. Mari sama sama kita belajar cara cara membuat singgang ikan tenggiri ala Kelantan.

Masa Hidangan: 15-20 minit

Jumlah hidangan: 3 – 4 orang

Bahan untuk Resepi Resepi Singgang Ikan Tenggiri

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)
  • Air

Cara Penyediaan Resepi Singgang Ikan Tenggiri

  1. Siang ikan tenggiri dan bersihkan ikan dengan perahan air limau nipis supaya hilang bau hanyir. Bilaskan dengan air sehingga bersih dan ketepikan.
  2. Hiriskan halus bawang merah dan bawang putih. Ketepikan
  3. Potong lengkuas anggaran 2 inci dan ketukkan. Ketepikan
  4. Masukkan air ke dalam periuk (Anggaran air ialan 3 cawan) dan panaskan periuk.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Biarkan sehingga air mendidih
  6. Masukkan ikan tenggiri yang sudah dibersihkan ke dalam air yang mendidih. Kacau dan biarkan seketika
  7. Masukkan pula asam gelugor dan cili padi. Biarkan ia seketika
  8. Masukkan bendi ke dalam periuk dan biarkan ia sehingga sedikit lembik
  9. Letakkan garam dan gula secukup rasa
  10. Biarkan seketika dengan anggaran 5 minit
  11. Angkat dan siap dihidangkan

Tips

  • Pastikan menggunakan api yang sederhana besar ketika masak
  • Jangan masak terlalu lama khuatiri ikan akan hancur
  • Jangan kacau terlalu kasar untuk menjaga tekstur ikan tenggiri
  • Kepedasan boleh mengikut cita rasa masing masing sama ada ingin lebihkan atau       kurangkan cili padi.
  • Anda juga boleh menggunakan ikan selain tenggiri untuk masak singgang anda seperti ikan kembung dan tongkol

Selamat mencuba semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − fourteen =