resepi sambal ikan bilis

Resepi Sambal Ikan Bilis yang mudah dan lazat.

Memang menjadi kegemaran penulis kalau makan nasi mesti kena ada sambal. Sejak akhir akhir ini, terdapat pelbagai jenis sambal yang kiat boleh dapat di pasaran. Tapi yang kena dengan selera kita mungkin susah nak cari, jadi untuk perkongsian pada hari ini, kami daripada The Resepi mahu berkongsi dengan para pembaca dengan satu resepi mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah, iaitu resepi Sambal Ikan Bilis yang enak.

Hidangan ini nanti boleh dimakan bersama sama dengan nasi putih mahupun dengan lauk pauk yang lain. Jadi mari kita cuba resepi ini.

Pengenalan

Kebiasaannya sambal ikan bilis ini dihidangkan bersama sama dengan nasi lemak, tapi kadang kala mengikut juga selera masyarakat di Malaysia. Samabl ikan bilis ini dijadikan sebagai hidangan ataupun lauk sampingan untuk dimakan tak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam.

Proses memasaknya juga tidak leceh dan ini menjadikan ia satu hidangan yang cepat untuk dimasak. Dengan bahan bahan yang ringkas, mari kita cuba untuk menghasilkan hidangan yang enak ini dengan resepi yang akan kami kongsikan pada anda di sini.

Masa penyediaan : 10 ke 15 minit

Masa memasak : 20 minit

Jumlah Hidangan : 4-6 orang

Bahan-bahan Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan bahan asas :

  • Minyak masak
  • 1 mangkuk ikan bilis (ikut selera anda ,jika mahu pakai ikan bilis yang sudah dikopek juga boleh)
  • 2 biji bawang besar, saiz sederhana yang dihiris
  • Air asam jawa
  • Garam kasar
  • Gula Melaka
  • Gula pasir

Bahan untuk dikisar :

  • 15 ke 16 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan (jika mahu)

Cara penyediaan Resepi sambal ikan bilis

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi
  3. Masak seketika hingga ikan bilis mula nampak layu
  4. Setelah ikan bilis mulai layu, masukkan pula bahan yang sudah dikisar tadi
  5. Masak dengan api yang perlahan hingga cili garing dan terbit minyak
  6. Setelah itu, masukkan pula air asam jawa, gula melaka dan garam
  7. Kacau semula seketika
  8. Masukkan pula bawang besar yang sudah dihiris
  9. Setelah itu, masukkan pula gula
  10. Perlahan kan api dan reneh sambal hingga terbit minyak
  11. Hidangan siap dan boleh dihidangkan dengan nasi putih ataupun nasi lemak

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Sambal ikan bilis ini enak di makan dengan nasi lemak kukus. Resepi nasi lemak
  • Jika mahu gunakan ikan bilis yang tidak dikopek juga boleh, tidak menjadi masalah. Bergantung kepada selera anda
  • Gula boleh ditambah mengikut kemahuan anda

Selamat mencuba dan menjamu selera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =