resepi kuih dangai

Resepi Kuih Dangai -Kuih Turun Temurun Istimewa

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kuih dangai yang sedap? Kuih dangai merupakan salah satu kuih tradisional yang agak lama dan ia masih diminati ramai sehingga ke hari ini terutama bagi golongan berusian. Selalunya kuih ini dihidangkan semasa minum petang. Tambahan pula, jika ia dihidang bersama kopi o panas, anda pasti akan menyukainya.

Pengenalan

Kuih dangai merupakan sejenis kuih turun-temurun yang ringkas dan mudah pembuatannya. Bahan asas dalam kuih dangai adalah kelapa parut. Tekstur kuih dangai agak sedikit kenyal atau ‘chewy’ kerana ia mengandungi tepung pulut. Bau aroma kelapa yang dibakar memberikan keistimewaan tersendiri kepada kuih dangai selain rasa lemak santan. Selalunya, kuih dangai dimasak menggunakan loyang khas. Namun jika anda tidak mempunyai loyang khas kuih dangai, anda juga boleh menggunakan loyang tin kek biasa. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan cara-cara untuk membuat kuih dangai.

Bahan-Bahan Untuk Memasak Resepi Kuih Dangai

  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1/3 cawan gula pasir (tambahkan lagi jika mahu lebih manis)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 sudu besar garam halus

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kuih Dangai

  1. Campurkan kelapa, tepung pulut, gula dan garam. Gaulkan dan sesuaikan ikut rasa. ke dalam mangkuk adunan
  2. Masukkan campuran ke dalam loyang, tabur dan ratakan dengan tangan. Tidak perlu ditekan-tekan. Pastikan lapisan tidak terlalu tebal.
  3. Bakar kuih dalam oven pada suhu 180 C selama 1 jam dengan api atas dan bawah.
  4. Apabila sudah masak (warna kekuningan), telangkupkan loyang di atas dulang dan kemudian potong. Siap untuk dihidang panas-panas.

Tips Berguna:

  • Pastikan kelapa parut tidak berketul ketul semasa digaul.
  • Untuk mengelakkan hangit gula, boleh asingkan lapisan bergula dan tidak bergula. Letak lapisan yang tidak ada gula di bahagian bawah dan kemudian letak lapisan yang ada gula di atas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 6 =