Resepi Popia Goreng Pedas

Resepi Popia Goreng Pedas yang Rangup dan Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat popia goreng pedas yang rangup dan enak? Artikel pada kali ini akan membicarakan tentang resepi popia goreng pedas yang menjadi kesukaan dan ketagihan ramai.

Pengenalan

Popia goreng pedas ini sinonim juga dengan nama panggilan popia goreng bersambal, popia goreng bersira atau popia goreng bercili. Kuih ini menjadi kegemaran orang ramai tatkala pada waktu pagi atau waktu minum petang. Kuih ini sangatlah sedap dan tidak akan jemu untuk dimakan. Resepi popia ini sangatlah senang kerana ia menggunakan bahan yang mudah didapati. Inti di dalam popia tersebut juga boleh dipelbagaikan mengikut selera tersendiri. Oleh itu, mari kita pelajari cara-cara untuk membuat popia goreng pedas ini dan menikmati dengan air tangan sendiri.

Masa penyediaan: 30 minit

Anggaran penyediaan kuih: 25 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Popia Goreng Pedas

Bahan-bahan Resepi Popia Goreng Pedas

  • 1 paket kulit popia
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk inti popia

  • 2 ulas bawang putih yang telah dicincang halus
  • 1 biji sengkuang yang telah dipotong memanjang
  • 1 batang karot yang telah diparut kasar
  • 1 biji kobis yang telah dicincang kasar
  • Taugeh
  • 1 biji bawang besar yang dihiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering yang telah ditumbuk halus
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan penyediaan sos pedas

  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 1 ulas bawang putih yang telah ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah yang ditumbuk halus
  • 2 sudu besar sos cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula
  • 1 susu besar cuka
  • Garam
  • Bijan

Cara-Cara Penyediaan Resepi Popia Goreng Pedas

Cara-cara menyediakan popia goreng

  • Bancuh tepung bersama air untuk menjadi gam kepada kulit popia yang digulung nanti.
  • Ambil sekeping kulit popia dan masukkan 1 sudu inti popia serta balut dengan kemas kulit popia tersebut menjadi gulungan.
  • Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan gam.
  • Goreng sehingga warna popia tersebut berwarna kekuningan dan rangup. Pastikan api sederhana dan tidak terlalu lama sehingga hangit.
  • Angkat dan ketepikan popia yang telah digoreng.

Cara-cara menyediakan sos pedas

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus sehingga bewarna kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak sehingga semua bahan tumis pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Tambahkan garam secukupnya.
  • Apabila sos sudah masak, tuang popia yang telah digoreng tadi di dalam kuali sos tadi.
  • Kacau sehingga sos menyaluti semua popia tersebut.
  • Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan biji bijan di atas popia tersebut sebagai hiasan.

Tips Berguna:

  • Pastikan popia digoreng dengan minyak panas dengan api yang sederhana sehingga warna kekuningan.

Selamat mencuba dan nikmati resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + twelve =