Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi sambal tumis ikan cencaru yang simple dan sedap untuk disediakan? Sambal tumis ikan cencaru adalah menu pilihan yang sedap dan mudah untuk dimasak.
Selain menggunakan ikan cencaru, ikan lain seperti ikan selar, ikan kembung, ikan selayang dan pelbagai jenis ikan boleh digunakan.
Bahan masak sambal tumis juga sangat mudah untuk didapati dan sangat mudah. Menu ini juga sesuai dipadankan dengan menu lain seperti sayur masak lemak dan sebagainya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan sambal tumis ikan cencaru yang simple dan enak.
Pengenalan
Sambal tumis ikan cencaru merupakan menu pilihan untuk makan tengah hari digabungkan juga dengan menu lain. Malah, menu ini sahaja sudah cukup untuk membuka selera kita. Sambal tumis ikan cencaru memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.
Ikan cencaru pula digoreng garing memang betul-betul membuatkan kita makan nasi sehingga bertambah. Sambal tumis pula ada variasi cara penyediaannya bergantung kepada selera dan cara masing-masing. Kali ini mari kita cuba resepi sambal tumis ikan cencaru cara saya seperti di bawah.
Masa Memasak: 45 minit
Jumlah Hidangan: 3-4 orang
Bahan untuk Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru
- 5 ekor ikan cencaru (bersaiz sederhana besar)
- 1/2 biji bawang holland (dipotong bulat)
- 2 biji bawang besar (dikisar halus)
- 4 ulas bawang putih (dikisar halus)
- 1 sudu kecil belacan (dikisar halus)
- 5 sudu besar lada kering kisar (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
- 1 mangkuk air asam jawa
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam, gula dan serbuk perasa (secukup rasa)
- Minyak secukupnya
Cara-cara Memasak Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru
- Siang ikan cencaru dan dibersihkan. Kelar badan ikan cencaru agar ikan masak sekata.
- Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
- Gorengkan ikan cencaru sehingga masak di dalam minyak yang panas. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
- Buang lebihan minyak di dalam kuali gorengan sebentar tadi. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk minyak untuk menumis.
- Kisarkan bawang besar, bawang putih dan belacan di dalam pengisar sehingga hancur.
- Tumiskan bahan kisar di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan cili kering kisar bersama sedikit gula. Masak sehingga cili kering masak dan pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Ulang langkah ini untuk dua kali agar sambal tumis kita betul-betul masak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa mengikut citarasa masing-masing. Masak seketika.
- Kemudian, masukkan ikan cencaru yang telah digoreng bersama bawang holland. Kacau sebati.
- Bolehlah hidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba
Tips berguna:
- Tambahkan gula semasa masukkan cili kering ke dalam kuali agar cili kering cepat garing dan masak.
- Ulangi tambahkan air ke dalam sambal dan tunggu sehingga pecah minyak untuk 2 kali agar sambal betul-betul masak dan rasa yang lebih sedap dan tahan lama.
Diharapkan artikel resepi sambal tumis ikan cencaru ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca