resepi sup tulang ala thai

Resepi Sup Tulang ala Thai yang Empuk dan Sedap

Resepi kali ini berasaskan masakan ala thai iaitu sup tulang ala thai. Menu ini adalah antara menu yang sangat popular setiap kali berkunjung ke kedai masakan siam. Sup tulang thai mempunyai rasa pedas dan masam.

Sangat sesuai dan sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Lebih enak jika dimakan bersama telur dadar dan ulam sambal belacan. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan sup tulang ala thai yang empuk dan sedap.

Pengenalan

Sup tulang yang sedap adalah terletak pada rempah yang digunakan dan rasa pedas masam yang sekata. Manakala isi daging yang empuk membuatkan rasa sup tulang itu lebih memikat rasa sesiapa yang memakannya.

Kini, anda juga boleh menghasilkan sup tulang anda sendiri tanpa perlu pergi ke restoran thai untuk makan sup tulang ala thai. Cara penyediaan dan bahan yang digunakan juga amat mudah.

Namun, untuk mendapatkan isi daging yang empuk itu memakan masa yang agak lama untuk merebus tulang lembu melainka anda menggunakan periuk tekanan. Saya akan kongsikan bersama anda resepi sup tulang ala thai seperti di bawah.
 
Masa Memasak: 1 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Sup Tulang ala Thai yang Empuk dan Sedap

  • 1 kg tulang lembu (direbus terlebih dahulu sehingga empuk)
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3-4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 batang akar ketumbar (dibasuh bersih)
  • 3 batang saderi ( dihiris nipis)
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 5 batang cili padi hijau
  • 4 batang cili api merah
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
  • 3 batang daun ketumbar (dihiris nipis)
  • 2 batang daun sup (dihiris nipis)
  • 2 sup bunjut tulang
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 3 sudu besar serbuk lada hitam
  • Air masak secukupnya
  • Bawang goreng
  • Garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
     

Cara- cara menyediakan Sup Tulang ala Thai yang Empuk dan Sedap

1. Bersihkan tulang lembu. Masakkan tulang lembu sehingga empuk. Untuk menjimatkan masa, rebus tulang lembu di dalam periuk tekanan.

2. Di dalam periuk lain, masukkan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang besar, lengkuas, halia dan serai. Tumiskan sehingga layu dan naik bau.

3. Kemudian, masukkan sup bunjut dan rempah sup. Gaul sekata dan masukkan sedikit air jika perlu.

4 .Selepas itu, masukkan tulang lembu, garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, akar ketumbar dan air secukupnya.

5. Renehkan sup seketika.

6. Masukkan batang saderi, tomato, cili padi hijau, cili api merah. Kacau sebati.

7. Akhir sekali, hiaskan sup tulang dengan hirisan daun ketumbar, hirisan daun sup dan bawang goreng.

8. Bolehlah hidangkan sup tulang bersama nasi putih panas-panas.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =