Resepi Biskut Meringue

Resepi Biskut Meringue yang Manis dan Cantik

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut meringue yang manis dan cantik untuk disediakan? Biskut meringue ini sangat cantik dan sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk majlis parti hari jadi kanak-kanak. Sudah pasti kanak-kanak akan tertarik melihat warna-warni biskut ini. Biskut ini berbentuk seperti coklat kisses dan mempunyai warna yang pelbagai dan terpulang kepada si pembuat untuk mencorakkannya bagaimana.

Selain itu, biskut meringue ini juga hanya menggunakan empat bahan sahaja. Tambahan pula, cara penyediaannya juga amat mudah. Walau bagaimanapun, biskut ini memerlukan teknik yang betul untuk menghasilkannya. Jikalau tersalah teknik, biskut ini tidak menjadi dan ia akan cair dan merekah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut meringue yang manis dan cantik.

Pengenalan

Biskut meringue ini sesuai dijadikan kudapan dan juga mampu menaikkan seri majlis hari jadi anak anda. Anda boleh hasilkannya sendiri kerana cara penyediaannya amat mudah. Hanya memerlukan teknik yang betul. Malahan, tekniknya tidaklah terlalu susah. Anda boleh mencubanya di rumah. Rupanya seakan coklat kisses dan berwarna-warni serta cair dalam mulut. Rasanya juga manis tetapi anda boleh kurangkan rasa manis mengikut citarasa anda. Mari kita cuba resepi biskut meringue yang manis dan cantik ini.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Meringue

  • 2 biji telur putih gred A
  • 152 gram gula kastor (bergantung kepada tahap kemanisan masing-masing)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna makanan (mengikut kesukaan anda)
  • Baking paper
  • Marshmallow

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Meringue

  1. Mula-mula sekali, lapikkan dulang pembakar dengan baking paper ataupun parchment paper untuk kita susun adunan biskut meringue nanti sebelum dibakar.
  2. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 100oC sementara kita siapkan adunan biskut meringue.
  3. Di dalam mangkuk yang berasingn, masukkan putih telur. Pukul dengan kelajuan yang perlahan selama lebih kurang 4-5 minit atau sehingga adunan agak sedikit berbuih. Kemudian, sambung putar dengan kelajuan yang sederhana sehingga adunan mampu untuk menghasilkan bentuk yang bertanduk atau soft peak.
  4. Kemudian, masukkan pula gula sedikit demi sedikit. Dan semasa memasukkan gula kastor tersebut, pastikan hanya menggunakan kelajuan yang perlahan. Apabila semua gula sudah habis dimasukkan ke dalam adunan barulah tukarkan kepada kelajuan yang sederhana kembali.
  5. Sambung pukul adunan sehingga adunan berkilat dan menjadi kental.
  6. Selepas itu, masukkan pulak esen vanila dan pukul sehingga adunan sekata.
  7. Kemudian, matikan mixer. Corakkan adunan dengan pewarna makanan kesukaan anda.
  8. Susunkan siap-siap mashmallow ke atas parchment paper yang ada di atas dulang pembakar.
  9. Masukkan adunan ke dalam beg paip dan paipkan adunan sehingga menutupi marshmallow tadi dan bentukkan seperti coklat kisses.
  10. Kemudian, bakar adunan pada suhu 100oC selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
  11. Untuk kenalpasti biskut sudah masak atau belum, adalah apabila biskut mudah diangkat dari kertas tersebut. Kalau masih melekat maksudnya biskut masih tidak masak lagi.
  12. Apabila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah disusun ke dalam balang atau disusun di atas dulang yang cantik dan dihidangkan kepada tetamu.
  13. Selamat mencuba resepi ini.

Tips Berguna:

  • Gunakan telur yang segar agar adunan lebih stabil dan biarkan telur pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum dipukul. Elakkan menggunakan bekas basah atau elakkan telur bercampur dengan air.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =