resepi biskut suji

Resepi Biskut Suji yang Mudah dan Enak

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut suji yang mudah dan enak untuk disediakan?  Biskut suji ini adalah antara biskut raya tradisional yang sering dihidangkan di setiap rumah pada musim perayaan Aidilfitri dan juga Aidiladha kerana rasanya yang sedap dan juga mudah untuk dihasilkan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ia sering menjadi menu biskut raya yang wajib ada pada musim perayaan. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut suji yang mudah dan enak.

Pengenalan

Biskut suji ini mempunyai rupa yang bulat berwarna putih dan dihiaskan dengn ceri yang berwarna merah ataupun hijau. Biskut ini hanya menggunakan enam bahan sahaja dan cara penyediaannya juga amat mudah kerana tidak memerlukan acuan ataupun mixer. Anda boleh cuba untuk menghasilkannya di rumah. Mari kita cuba resepi biskut suji yang mudah dan enak.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Suji

  • 3 cawan tepung gandum ros (diayak terlebih dahulu dan disangai sekejap dengan api perlahan)
  • 1 cawan tepung suji
  • 1 cawan gula icing (megikut tahap kemanisan anda. Lebihkan jika sukakan manis, kurangkan jika inginkan kurang manis)
  • 1 tin minyak sapi jenama Ghee (bersaiz 200 gram) dicairkan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar susu tepung ( opsyenal untuk rasa lebih berkrim)
  • Buah ceri merah atau hijau sebagai hiasan

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Suji

  1. Mula-mula sekali, masukkan minyak sapi dan gula aising ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati hanya menggunakan spatula.
  2. Kemudian, masukkan pula tepung gandum dan tepung suji sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Kemudian, barulah masukkan pula tepung jagung ke dalam adunan dan diikuti dengan susu tepung. Gaulkan adunan sehingga sekata dan sebati.
  3. Kacau dan gaulkan adunan sehingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Jika ingin uli dengan tangan pun boleh, jika ingin kacau sebati menggunakan spatula pun boleh.
  5. Kemudian, cubit adunan sedikit dan bentukkan menjadi bulat kecil. Ambil menggunaka sudu kecil pun boleh. Terpulang kepada keselesaan anda.
  6. Sebelum disusun di atas dulang pembakar, sapukan sedikit mentega ke atas dulang pembakar. Selepas itu, susunkan adunan yang berbentuk bulat ke atas dulang pembakar. Kemudian, hiaskan adunan biskut tersebut dengan ceri yang berwarna merah ataupun hijau.
  7. Sementara itu, panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 150oC.
  8. Habiskan semua adunan tersebut dan disusun serta dihias ke atas dulang pembakar. Kemudian, masukkan adunan biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160oC untuk selama lebih kurang 20 minit atau sehingga biskut masak.
  9. Apabila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah disusun ke dalam balang atau disusun di atas dulang yang cantik dan dihidangkan kepada tetamu.
  10. Selamat mencuba resepi ini.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 13 =