Resepi Bubur Asyura Utara

Resepi Bubur Asyura Utara Yang Mudah Dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi bubur asyura utara yang mudah dan lazat? Bubur asyura selalunya dibuat pada awal bulan muharram sebagai tanda menyambut hari asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Pada hari tersebut umat Islam disunatkan berpuasa. Bagi meraikan hari tersebut, terdapat beberapa kelompok masyarakat melayu yang mengadakan aktiviti memasak hidangan bubur asyura.

Bubur asyura juga boleh dibuat dalam beberapa versi. Namun, bubur asyura yang popular di Malaysia adalah bubur asyura Utara dan bubur asyura Kelantan. Selalunya, bubur ini dimasak secara rewang di kampung-kampung dan taman perumahan. Bubur asyura yang telah siap dimasak akan diagih kepada orang ramai.

Pengenalan

Bubur asyura ini diperbuat daripada pelbagai campuran bahan seperti beras, daging, aneka kekacang, bijirin, jagung, keledek dan lain- lain. Campuran bahan-bahan ini menghasilkan rasa yang sangat sedap dan lazat serta amat berkhasiat. Walaupun pada kebiasaannya membuat bubur asyura dengan merewang, anda juga boleh membuatnya sendiri bersama ahli keluarga di rumah. Oleh itu, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk membuat bubur asyura. Jom kita mulakan!

Masa hidangan: 2 jam

Jumlah hidangan: 10 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Bubur Asyura Utara

  • 7 kg tepung beras                                                      
  • 10 kg santan
  • 1 1/2 kg gula pasir
  • 3 biji gula kabung                            
  • 12 gula Melaka (keping)                     
  • 1 plastik kecil gula batu                  
  • 15 batang jagung mentah             
  • 4 biji ubi keledek putih            
  • 4 biji ubi keledek merah        
  • 1 biji ubi sengkuang  – potong dadu                    
  • 1 1/2 kg kacang hijau                 
    1 cawan daun pandan kisar                 
  • 1 kotak biji Habatus sauda          
  • 2 bekas kacang campuran (gajus dan badam)
  • 2 bekas buah campuran buah tin (kurma dan kismis manis)
  • 1 balang besar bawang goreng
  • 1 senduk garam halus
  • 1  minyak zaitun (botol)                        
  • 20 liter air

Cara-Cara untuk Memasak Resepi Bubur Asyura Utara

  1. Masukkan gula kabung, gula melaka dan gula batu didalam kuali. Kacaukan dan biarkan sehingga kesemua gula cair.
  2. Asingkan isi jagung dengan tongkol jagung dalam bekas yang berlainan. Ketepikan.
  3. Kupas kulit ubi keledek putih dan merah. Kemudian potong dadu kesemua keledek. Bersihkan dengan air dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan rebuskan dalam anggaran 10 minit. Keluarkan keledek dan toskan airnya.. air rebusan diletak tepi untuk digunakan dalam masakan.
  4. Gunakan periuk yang lain, masukkan kacang hijau dan rebus selama 30 minit. Air rebusan ini juga diketepikan dan jangan dibuang.
  5. Kupas kulit buah sengkuang dan potongkan dadu. Bersihkan dengan air dan ketepikan.
  6. Potong kecil kecil buah tin, campuran kacang dan satukan didalam bekas yang sama. Ketepikan.
  7. Ayak tepung beras dan goreng tepung yang sudah diayak ini selama 30 minit. Kemudian masukkan air sejuk dan kacau sehingga menjadi pekat.
  8. Letakkan air sebanyak 20liter ke dalam kuali besar atau kawah dan biarkan ia mendidih.
  9. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Biarkan ia masak mendidih.
  10. Masukkan pula campuran tepung beras dengan air dan kacau. Pastikan sentiasa kacau sehinggan biji biji tepung beras hilang.
  11. Masukkan pula daun pandan dan adunan gula yang telah dicairkan tadi. Kacau lagi sehingga menjadi pekat.
  12. Masukkan pula isi jagung, kacang hijau dan ubi keledek yng direbus tadi bersama air rebusan sekali. Kemudian kacau sehingga sebati.
  13. Kemudian masukkan biji habatussauda dan garam secukup rasa. Kacau sehingga separuh masak.
  14. Masukkan pula gajus, buah tin, kacang dan lain lain. Kacau lagi hingga sebati adunan bubur asyura.
  15. Kemudian, masukkan buah sengkuag dan terus kacau. Biarkan selama 10 minit.
  16. Masukkan pula minyak zaitun. Kacau lagi dan biarkan seketika.
  17. Siap dan boleh lah diangkat sedikit sedikit.
  18. Jangan lupa taburkan bawang goreng.

Selamat Mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 17 =