resepi kerabu pucuk paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku Mudah dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi kerabu pucuk paku kampung yang mudah tapi menyelerakan? Kerabu pucuk paku mempunyai pelbagai variasi penghasilannya. Ada yang meletakkan kerang, ada yang meletakkan udang. Semua itu terpulang kepada selera masing-masing. Dalam artikel ini akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kerabu pucuk paku yang mudah tapi menyelerakan.

Pengenalan

Kerabu merupakan suatu makanan yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan juga protein yang digaulkan sekali dan menjadikan ia suatu hidangan yang lengkap. Oleh itu, kerabu juga sangat sesuai untuk dijadikan hidangan eat clean bagi pengamal makanan sihat. Hal ini kerana, pucuk paku mengandungi vitamin A, C, potassium, iron, manganese, copper dan omega-3 yang mana ia membantu dalam menjaga daya ketahanan badan, menguatkan metabolisme badan, ubat gout, menyembuhkan luka dan terdapat banyak lagi khasiat yang terkandung dalam pucuk paku. Malah, cara penghasilannya juga sangat mudah tapi menyelerakan. Kerabu pucuk paku sesuai dimakan bersama nasi putih atau diratah begitu sahaja.

Oleh itu, kerabu pucuk paku boleh dihasilkan pada bila-bila masa sahaja memandangkan ia merupakan hidangan yang ringkas dan sedap. Mari kita cuba resepi kerabu pucuk paku seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Pucuk Paku

  • 2 ikat pucuk paku
  • Segenggam tauge
  • Setengah biji kelapa putih yang telah diparut
  • 2 biji bawang besar
  • 2 tangkai cili api merah
  • 3-4 tangkai cili api hijau (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit garam (sesuaikan rasa)
  • Sedikit gula (sesuaikan rasa)
  • Sedikit air (untuk merebus pucuk paku dan tauge)

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Pucuk Paku

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian, masukkan pucuk paku ke dalam air yang tengah mendidih selama lebih kurang tiga ke empat minit sehingga ia bertukar warna. Setelah bertukar warna, pucuk paku boleh ditoskan.
  2. Seterusnya, masukkan pula tauge ke dalam air yang tengah mendidih tadi sehingga tauge kelihatan sedikit lembut dan angkat untuk ditoskan.
  3. Setelah itu, hiris cili api merah dan masukkan ke dalam lesung batu lalu ditumbuk agar menjadi sedikit halus. Kemudian, masukkan pula parutan kelapa putih, garam dan gula ke dalam lesung batu yang berisi cili api merah yang telah ditumbuk halus. Setelah itu, tumbukkan bahan-bahan tersebut bagi mesra dan sekata. Sesuaikan rasa garam dan gula mengikut citarasa anda.
  4. Seterusnya, hiriskan bawang besar dan cili api hijau.
  5. Di dalam mangkuk yang besar, satukan pucuk paku dan tauge yang telah dicelur bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lesung batu dan juga hirisan cili api hijau dan bawang besar. Gaulkan bahan-bahan tersebut bagi sekata dan mesra.
  6. Dah siap dan boleh dihidangkan.
  7. Mudah bukan? Selamat mencuba

Tips berguna

  • Pucuk paku sangat mudah untuk didapati jikalau ada berada di kampung. Tapi, bagi yang menetap di bandar, ia sedikit susah untuk didapati. Oleh itu, anda perlu ke pasar tani atau pasar malam untuk mendapatkannya. Bagi menumbuk cili api di dalam lesung, pastikan lesung anda kering bagi mengelakkan daripada air cili api terpercik ke muka atau mata. Oleh itu, anda boleh lapkan lesung batu yang sedikit basah menggunakan tisu bersih.

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 13 =