resepi kerabu udang ala thai

Resepi Kerabu Udang Bersama Suhun yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kerabu udang bersama suhun yang ringkas dan menyelerakan? Cara penyediaan kerabu udang hampir sama dengan kerabu sotong dan kerabu mangga tapi kali ini kita variasikan dengan menambahkan suhun ke dalam kerabu udang kita sebab penyedap rasa dan lebih menyelerakan.

Suhun kini banyak divariasikan penggunaannya selain digunakan dalam sup petola, mee soto, malah ia juga digunakan dalam vietnamese spring roll. Hal ini kerana, keunikan rasanya yang sedap dan lembut. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kerabu udang bersama suhun yang ringkas dan menyelerakan.

Pengenalan

Kerabu udang ini kebiasannya dicampurkan sekali dengan sotong untuk menghasilkan kerabu seafood ala thai. Tapi kali ini kita hanya menggunakan udang dan menjadikan kerabu udang kita bertambah lengkap dengan adanya suhun. Kerabu udang bersama suhun ini juga sesuai dimakan bersama nasi putih panas mahupun diratah begitu sahaja. Terpulang kepada citara masing-masing. Mari kita cuba resepi kerabu udang seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 3 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Udang

  • 10 ekor udang yang telah dibuang kulit, dikelar dan direbus
  • Sedikit suhun yang telah lembut
  • 2 biji air perahan limau nipis (jikalau sukakan masam, boleh lebihkan. Terpulang pada citarasa anda)
  • 1 biji tomato yang telah dipotong halus (potong kepada anggaran 8 bahagian dan dibuang biji)
  • Sedikit daun ketumbar yang telah dihiris
  • 1/2 biji bawang besar yang telah dihiris
  • 6 tangkai cili padi yang telah dihiris ataupun ditumbuk kasar (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • 1/2 batang timun yang telah disagat
  • 1/2 batang lobak merah yang telah disagat
  • 1 kuntum bunga kantan yang telah dihiris
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 1/2 sudu besar serbuk cili kasar
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar gula pasir

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Udang

  1. Mula-mula, panaskan air sehingga mendidih dan masukkan suhun. Rebus suhun dalam air mendidih seketika sehingga suhun menjadi lembut. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian, rebuskan udang yang telah dibersihkan ke dalam air yang mendidih sebentar tadi. Rebus dalam anggaran 1-2 minit sahaja. Jangan terlebih rebus kerana nanti udang akan menjadi kecut, keras dan liat.
  3. Seterusnya, dalam mangkuk yang kecil, satukan kicap sotong, gula, air perahan limau nipis, bawang putih yang dicincang halus, cili padi yang telah dihiris ataupun ditumbuk kasar dan serbuk cili kasar. Gaulkan supaya bahan-bahan sebati dan sekata. Anda boleh rasa terlebih dahulu dan baiki rasa masam, masin, manis dan pedas ikut citarasa anda.
  4. Di dalam mangkuk yang besar, satukan bahan-bahan seperti udang rebus, suhun rebus, hirisan tomato, hirisan daun ketumbar, hirisan bawang besar, hirisan timun, hirisan lobak merah, hirisan bunga kantan dan sos perasa. Gaulkan sehingga sebati semua bahan-bahan.

Tips berguna

  • Bagi mengelakkan udang menjadi terlalu kecut, liat dan keras, udang hanya perlu direbus seketika sahaja anggaran selama 1-2 minit sehingga ia bertukar warna.

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − 2 =