Resepi Kerepek Bawang

Resepi Kerepek Bawang Yang Rangup dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat kerepek bawang yang rangup dan sedap? Kerepek bawang merupakan satu jenis kudapan yang sedap untuk di makan tak kira masa. Kerepek bawang juga menjadi juadah sampingan di musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan dihidang bersama dengan pelbagai jenis kerepek lain.

Pengenalan

Kerepek bawang mempunyai bentuk bulat dan berbelang-belang seperti bawang. Rasanya lemak masin dan rangup menyebabkan ia menjadi kegemaran ramai. Kerepek bawang boleh dibuat sendiri sekiranya anda ingin menjimatkan kos semasa musim perayaan. Anda juga boleh membuatnya dalam kuantiti yang banyak mengikut citarasa sendiri. Ini adalah kerana harga bagi kerepek ini di pasaran tidaklah murah walaupun bahan-bahan membuatnya mudah dan murah. Jadi pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda dengan resepi kerepek bawang yang mudah untuk dicuba oleh anda semua di rumah.  

Masa penyediaan : Setengah jam (30 minit)

Masa memasak : 10 – 15 minit

Bahan-Bahan untuk Resepi Kerepek Bawang

Bahan Bahan Doh Tepung :

  • tepung gandum 1 1/4 cawan
  • tepung beras, 1 sudu makan
  • bawang besar, 2 biji yang bersaiz sederhana
  • bawang putih seulas
  • serbuk udang kering, 1 sudu makan( jika perlu)

Bahan Doh Majerin:

  • Air
  • majerin, 80gm
  • garam, 1/2 sudu teh
  • tepung gandum, 1 1/2 cawan
  • tepung beras, 1/2 sudu makan

Cara Penyediaan Resepi Kerepek Bawang

  1. Mula mula, kita siapkan dahulu doh tepung
  2. Ambil bawang putih dan bawang besar, kisar sehingga menjadi halus, tanpa menggunakan air
  3. Apabila selesai anda kisar bahan itu tadi, campurkan bahan kisaran bersama sama dengan tepung gandum dan tepung beras
  4. Uli adunan tadi sehingga menjadi doh
  5. Sekiranya doh yang di uli itu tadi masih lembik, tambahkan tepung gandum dan sambung uli hingga doh menjadi bulat
  6. Asingkan dahulu doh tepung dan kita buat pula doh majerin
  7. Gaulkan bahan untuk doh majerin dan uli hingga sebati
  8. Uli doh hingga menjadi bulat seperti doh tepung itu tadi
  9. Ambil doh yang sudah siap diuli tadi dan bahagikan kepada 3 bahagian ataupun mengikut kehendak anda sendiri
  10. Kemudian, anda canaikan doh itu tadi secara berasingan
  11. Setelah itu, tindihkan kepingan doh tepung bawang di atas doh majerin yang sudah dicanaikan
  12. Ulang hingga doh habis dan gulung hingga kemas
  13. Simpan sejuk gulungan doh tadi sekitar 2 hingga 3 jam di dalam peti sejuk
  14. Keluarkan gulungan itu tadi dan potong nipis dengan menggunakan pisau yang tajam
  15. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan mula goreng kepingan doh kerepek
  16. Setelah kerepek nampak masak keperangan, angkat dan toskan. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Goreng kerepek satu persatu di dalam minyak yang panas untuk mendapatkan lekuk cantik pada kerepek
  • Elakkan menggoreng terlalu lama bagi mengurangkan rasa pahit atau hangit
  • Potong nipis doh untuk mendapatkan tekstur yang lebih rangup dan tidak keras.

Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =