Resepi Kuih Gunting

Resepi Kuih Gunting Yang Mudah dan Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat kuih gunting yang enak? Kuih gunting merupakan salah satu menu kudapan tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Ia juga merupakan antara hidangan sampingan yang menjadi pilihan semasa musim perayaan. Pembuatan kuih gunting juga adalah mudah dan ringkas. Oleh sebab itulah kebanyakkan orang memilih untuk membuat sendiri kuih gunting semasa musim perayaan tiba.

Pengenalan Kuih Gunting

Kuih gunting merupakan antara kuih tradisional yang popular semasa hari perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan rasanya juga hampir sama seperti kuih siput. Proses menyiapkan snek ini tidaklah terlalu rumit dengan bahan-bahan yang agak mudah untuk dicari.

Kuih gunting juga mudah untuk dibentuk berbanding kuih siput. Namanya kuih ‘gunting’ kerana anda hanya perlu gunting atau potong mengikut citarasa anda. Oleh itu, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat berbanding kuih siput. Walaupun pembuatannya mudah dan ringkas, namun keenakan kuih gunting tetap menjadi kegemaran ramai. Jadi untuk perkongsian pada kali ini, penulis akan kongsikan kepada anda dengan resepi kuih gunting yang mudah dan boleh dicuba oleh anda semua di rumah. Ayuh kita mulakan!

Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Gunting  

Bahan Bahan untuk dikisar :

  • cili kering, 10 tangkai
  • udang kering, 2 sudu besar
  • jintan putih, 1/2 sudu kecil
  • jintan manis, 1/2 sudu kecil

Bahan bahan lain :

  • tepung gandum, 2 cawan
  • minyak masak
  • daun kari
  • air
  • garam

Cara penyediaan :

  1. Mula mula sekali, kita siapkan bahan untuk di kisar. Kisar bahan hingga menjadi seperti serbuk
  2. Setelah anda selesai kisar bahan tadi, campur bahan kisar anda dengan tepung gandum
  3. Seterusnya, tambah juga garam dan sedikit minyak masak lalu gaul adunan hingga rata
  4. Kemudian, dalam masa yang sama masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi kenyal
  5. Setelah itu, anda canai pula doh tadi menjadi doh yang memanjang
  6. Kemudian, potong atau gunting doh tadi nipis nipis sebelum mula mengoreng
  7. Panaskan minyak serta masukkan sekali daun kari sebelum anda mula menggoreng doh kuih gunting
  8. Goreng kuih gunting hingga garing keperangan
  9. Angkat dan toskan minyak. Simpan kuih di dalam bekas yang kedap udara bagi mengelakkan kuih menjadi lemau.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Elakkan menggoreng terlalu lama bagi mengurangkan rasa pahit atau hangit dan juga mengelakkan kuih menjadi terlalu berminyak
  • Untuk mengekalkan rasa rangup, sejukkan dahulu kuih pada suhu bilik sebelum anda simpan dalam bekas yang kedap udara

Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 2 =