resepi asam pedas ikan jenahak

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak yang Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Asam Pedas Ikan Jenahak yang sedap? Artikel ini akan membincangkan secara ringkas cara masakan Asam Pedas Ikan Jenahak yang anda boleh lakukan di rumah bersama kelurga tercinta!

Pengenalan

Penulis yakin pasti ramai yang suka dengan masakan ikan pedas. Ikan Pedas ikan, ayam, daging, yang kuah cair, yang kuah pekat, yang pedas dan yang tak berapa pedas, pendek kata walaupun periciannya agak berbeza tetapi asam pedas memang menjadi makanan kegemaran masyarakat Melayu Malaysia. Resepi Masak Asam Pedas juga agak sama untuk semua jenis masak asam, apa yang membesakan mereka adalah bahan utam dan juga sayur sampingan seperti tomato dan bendi. Hari ini, mari kita belajar lagi satu resepi Masak Asam Pedas, iaitu Masak Asam Pedas Ikan Jenahak!

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan Asas

  • 1 ekor Ikan Jenahak ( dikerat 4)- anggaran seekor ikan 800 gram
  • 600 ml air
  • 2 sudu kecil pati asam jawa – bancuh dengan setengah cawan air
  • 2 biji tomato – belah
  • 7 batang kacang bendi
  • 2 batang serai – dititik
  • 5 tangkai pokok kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 1 sudu teh lada putih – ditumbuk
  • Garam / perasa pilihan secukupnya
  • Setengah cawan minyak untuk menumis 

Bahan kisar:

  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia         

(nota ringkas: semua bahan ini dikisar sekali)

Cara Penyediaan Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak

  • Panaskan minyak selama 3-5 minit.
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan dan sehinnga naik bau.
  • Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
  • Masukkan air (ikut sebanyak mana kuah yang anda mahu) dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
  • Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan serta Ikan Jenahak. Tambahkan lada putih tumbuk.
  • Masak Ikan Jenahak di antara 3 hingga 4 minit.
  • Seterusnya masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
  • Perasakan dengan garam atau perasa pilihan secukupnya.
  • Padamkan api dapur.

Tips

  • Boleh basuh ikan menggunakan lemon atau limau nipis. Selain boleh hilangkan lendir ikan, ia juga boleh hilangkan bau hanyir ikan, dan buatkan ikan berbau lebih wangi.
  • Ikan Jenahak tidak perlu dimasak lama sangat kerana isinya lembut. Kalau masak terlalu lama isi boleh terlerai dan hancur.

Resepi Asam Pedas Lain

Asam Pedas Ikan TenggiriAsam Pedas Ikan Jenahak
Asam Pedas AyamAsam Pedas Ikan Siakap
Adam Pedas Ikan PatinAdam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × five =