resepi asam pedas ikan siakap

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Yang Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi Asam Pedas Ikan Siakap yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan Asam Pedas Ikan Siakap yang anda boleh lakukan di rumah bersama ahli keluarga tersayang.

Pengenalan

Ikan Siakap mungkin terkenal dengan Masak 3 Rasa tetapi hari ini saya nak bawa pembaharuan dalam resepi masakkan anda! Jeng jeng jeng apakah resipi itu?

Kali ini saya akan memperkenalkan menu Asam Pedas Ikan Siakap. Jangan risau kerana menu ini sangat sedap dan mudah. Cara masakkan Asam Pedas Ikan Siakap juga sangat mudah dan tidak rumit, sekiranya anda pernah masak Asam Pedas Ikan Tenggiri atau ikan ikan lain, pasti anda juga boleh juga masak Asam Pedas Ikan Siakap ini. Saya jamin anda pasti mampu untuk masak resepi ini.

Tanpa melegahkan masa, ayuh ikuti artikel ini untuk ketahui cara cara untuk masak Asam Pedas Ikan Siakap. Ayuh mulakan.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

  • 1 ekor ikan siakap (di kerat 3-4 ketul saiz sederhana)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci belacan
  • 2 biji buah tomato
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 tangkai daun kesum
  • Segenggam asam jawa(bancuh dengan secawan air)
  • Minyak utk menumis
  • 1 sudu garam

Cara Penyediaan Resepi Asam Pedas Ayam

  • Cuci ikan sehingga bersih
  • Kisarkan cili kering, bawang merah,belacan dan bawang putih sehingga hancur
  • Panaskan minyak selama 3- minit, apabila minyak sedah panas tumis bahan kisar tadi.tumis hingga pecah minyak.
  • Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa, masukkan juga air sebagai kuah (ikut sebanyak mana kuah yang kita nak)
  • Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Biarkan kuah mendidih sehingga masak.
  • Boleh masukkan garam dan gula sekucup rasa.
  • Kemudian masukkna pula sayur bendi (bendi tidak perlu dipotong, boleh masukkan sahaja bendi tetapi sila pastikan ianya telah dibasuh bersih)
  • Biarkan bendi sedikit lembut, dan selepas bendi lembut, kuah asam menggelegak, api boleh tutup.
  • Alihkan Masak Asam Pedah Ikan dari kuali ke mangkuk, dan kauk sudah siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama yang tersayang.
  • Potong tomato kepada empat, kemudian susun cantik di dalam mangkunk yang diletakkan Asam Pedas Ikan Siakap

Tips

  • Boleh basuh ikan menggunakan lemon atau limau nipis. Selain boleh hilangkan lendir ikan, ia juga boleh hilangkan bau hanyir ikan, dan buatkan ikan berbau lebih wangi.
  • Asam Pedas ini sedap di makan denggan telur dadar, sambal belacan dan ulam-ulaman. Tidak lupa juga nasi panas!

Resepi Asam Pedas Lain

Asam Pedas Ikan TenggiriAsam Pedas Ikan Jenahak
Asam Pedas AyamAsam Pedas Ikan Siakap
Adam Pedas Ikan PatinAdam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + 19 =