Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek pisang yang mudah dan cepat? Pelbagai jenis makanan yang boleh dihasilkan daripada buah pisang seperti cekodok pisang, lepat pisang dan kek pisang. Selalunya buah pisang yang sudah masak ranum akan digunakan untuk memasak menu seperti ini. Jadi, apabila buah pisang sudah terlalu masak, tidak perlulah kita membazir dengan membuangnya tetapi gunakan pisang tersebut untuk membuat menu-menu yang sedap untuk santapan seisi keluarga.
Pengenalan
Kek pisang merupakan antara jenis kek yang menjadi kegemaran ramai. Kek pisang juga boleh disediakan bersama air teh panas untuk hidangan minum petang. Bahan-bahan untuk membuat kek pisang tidaklah rumit. Anda boleh mendapatkannya di kedai atau di pasaraya.
Terdapat banyak cara untuk memasak kek pisang sama ada membakarnya dalam ketuhar atau mengukus dengan menggunakan periuk kukus. Namun, jika anda tidak punyai banyak masa, anda boleh cuba buat resepi kek pisang yang mudah dan cepat yang akan penulis kongsikan di bawah. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Pisang Mudah
- 1 cawan pisang yang telah dilenyek
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula halus
Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kek Pisang Mudah
- Pukul telur dengan gula sehingga menjadi kembang (untuk lebih pantas, anda boleh gunakan blender).
- Kemudian, setelah itu masukkan minyak dan pisang.
- Setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul hingga sebati hingga tiada ketulan tepung.
- Masukkan adunan ke dalam bekas tin.
- Kukus kek menggunakan pengukus selama 45minit.
Tips Berguna:
- Gunakan pisang yang telah masak ranum.
- Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek.
- Boleh tambahkan sedikit coklat chip untuk rasa coklat.
- Oleskan permukaan bekas tin dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat.
- Cucuk lidi pada tengah kek untuk memastikan kek masak sepenuhnya. Pastikan adunan tepung tidak melekat pada lidi.
Selamat mencuba
Resepi Kek Yang Lain