Resepi Serunding Daging

Resepi Serunding Daging Yang Enak Dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi serunding daging yang enak? Serunding daging dan serunding ayam merupakan hidangan yang hampir sama dan yang membezakannya adalah bahan yang digunakan. Ia hanyalah sebagai kepelbagaian serunding kerana jikalau ada yang tidak sukakan daging maka anda boleh memilih serunding ayam. Kedua-dua jenis serunding ini amat sedap dan menyelerakan untuk dimakan bersama ketupat ataupun nasi impit. Dalam artikel ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menghasilkan serunding daging yang enak dan mudah.

Pengenalan

Serunding daging sangat sedap makan bersama nasi impit, lontong dan ketupat. Cara penyediaannya sangat mudah namun memakan masa yang sedikit lama untuk menghasilkannya. Tetapi, serunding yang dimasak lebih lama akan memberikan hasil serunding yang tahan lebih lama. Mari kita cuba mempelajari resepi serunding daging yang enak dan mudah ini.

Masa Memasak: 3 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Serunding Daging

  • 1 kg daging lembu
  • 1 kotak kecil santan pekat 
  • 2 genggam jintan manis atau jintan kasar (dikisar)
  • 2 genggam ketumbar (dikisar)
  • 8 ulas bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 senduk gula pasir
  • 1/2 keping gula melaka
  • garam secukup rasa 
  • 5 senduk cili kering kisar (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • Sepaket kecil kerisik. 
  • Minyak untuk menumis 
  • Secawan air asam jawa 

Cara- Cara memasak Resepi Serunding Daging

1. Mula-mula, bersihkan daging dan potong daging secara melintang urat setebal lebih kurang 2 inci dan rebuskan daging sehingga masak empuk dan angkat kemudian ditoskan. Masa untuk merebus daging adalah lebih kurang selama 1 jam. Apabila sudah siap direbus, angkat dan toskan daging tersebut. Biarkan sejuk seketika dan carik-carikkan daging tersebut.

2. Untuk jintan manis atau jintan kasar dan ketumbar, kita perlu sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu kemudian kita kisarkan secara kasar sedikit. Ketepikan dahulu.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan sebentar lagi. Tunggu sehingga minyak panas kemudian masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Tumiskan sehingga naik bau dan garing.

4. Apabila bahan tumis agak sedikit garing, masukkan pula cili kering kisar. Sambung tumis sehingga cili kering masak.

5. Seterusnya, masukkan pula jintan manis atau jintan kasar dan ketumbar yang telah kita kisar kasar sebentar tadi.

6. Selepas itu, masukkan air rebusan daging tadi dan juga santan kotak dan kacau sekata dan masukkan daging yang telah disiat tadi.

7. Selepas itu, masukkan garam dan kerisik pula. Kacau sebati lagi dan masukkan pula air asam jawa.

8. Masakkan lagi dengan menggunakan api yang perlahan selama lebih kurang selama 3 jam. Bila dah masak kering dan garing baru angkat.

9. Sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

10. Bolehlah dimakan bersama nasi impit atau ketupat.

Selamat mencuba.

Resepi Terkenal Di Hari Raya

Resepi Serunding DagingResepi Serunding Ayam
Resepi LemangResepi Rendang Ayam
Resepi Rendang DagingResepi Kuah Kacang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =