Resepi Kuah Kacang

Resepi Kuah Kacang yang Pekat dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kuah kacang yang pekat dan sedap untuk disediakan? Kuah kacang juga merupakan antara menu utama yang wajib dihidangkan pada musim perayaan Aidilfitri malahan pada hari-hari biasa juga kerana kuah kacang ini kebiasaannya dimakan bersama satay dan juga nasi impit. Oleh sebab itu, menu ini juga menjadi salah satu menu popular pada musim perayaan dan juga pada hari biasa.

Kuah kacang yang sedap adalah kuah kacang yang pekat dan penuh dengan rasa. Ada juga yang memakan kuah kacang ini dengan meletakkan sedikit sambal nasi lemak dan ada juga yang tidak meletakkannya. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuah kacang yang pekat dan sedap.

Pengenalan

Kuah kacang menggunakan bahan asas iaitu kacang tanah dan tidak sesuai dimakan oleh orang yang alahan dengan kacang. Selain itu, kuah kacang amat mudah dimasak dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, satay, rojak dan pecal. Ada juga yang memasak mee goreng dengan meletakkan kuah kacang sedikit dan hasilnya sangat enak dan anda patut mencubanya juga. Kuah kacang juga mempunyai banyak jenis cara penyediaannya bergantung kepada citarasa dan cara anda. Mari kita cuba resepi kuah kacang yang pekat dan sedap.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Kuah Kacang

  • 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • 700 gram gula putih
  • 200 gram gula melaka atau gula merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 1 sudu besar garam halus
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai 
  • 1 inci lengkuas
  • 2 liter air masak
  • 3 senduk cili kering kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • Segenggam asam jawa yang dibancuh pekat dengan air.

Cara- Cara memasak Resepi Kuah Kacang

1. Mula-mula, gorengkan kacang tanah yang telah dibasuh bersih tanpa minyak sehingga garing dan sedikit berwarna gelap kemudian kisarkan jangan terlalu halus.

2. Kemudian, kisarkan bawang putih bersama bawang besar, udang kering dan juga lengkuas.

3. Sediakan periuk yang sederhana besar, masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar bawang putih, bawang besar, udang kering dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan sedikit garing.

4. Selepas itu, masukkan lada kering kisar dan masakkan sehingga pecah minyak dan garing. Untuk menjadikan lada kering cepat masak, masukkan gula putih ketika masukkan lada kering kisar.

5. Kemudian, masukkan serai yang telah dititik atau diketuk, kacang tanah yang telah dikisar, gula melaka atau gula merah, garam dan air asam jawa.

6. Masukkan juga air masak. Masakkan kuah kacang sehingga pecah minyak, masak dan sedikit pekat.

7. Sentiasa kacau kuah agar tidak hangit kerana nanti akan berasa pahit.

8.Gunakan api yang kecil ketika mereneh kuah dan masak sehingga pekat dan berwarna gelap.

9. Apabila sudah siap, bolehlah makan bersama hidangan lain.

Selamat mencuba.

Resepi Terkenal Di Hari Raya

Resepi Serunding DagingResepi Serunding Ayam
Resepi LemangResepi Rendang Ayam
Resepi Rendang DagingResepi Kuah Kacang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =