Hai semua, kali ini kami nak kongsi kan dengan anda semua dengan satu resepi yang mudah untuk dicuba di rumah iaitu nasi goreng ayam. Dengan bahan bahan yang ringkas, anda akan dapat satu hidangan yang lazat sama seperti di kedai.
Pengenalan Nasi Goreng Ayam
Jika anda ditanya tentang menu ringkas dan popular, sudah pasti nama hidangan ini akan disebut sebut. Siapa saja yang tak suka akan nasi goreng ayam? Nasi yang di goreng dengan cukup rasa dan ditambah dengan ayam goreng yang lembut isinya. Memang kecur lidah dibuatnya.
Di sini kami akan berkongsikan dengan anda, resepi dan tips untuk menyediakan nasi goreng ayam yang mudah dan lazat.
Masa untuk Memasak : 20 – 30 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang
Bahan-bahan Masakan Nasi Goreng Ayam
Bahan Asas
- 4 senduk nasi putih
- 2 biji telur ayam
- Minyak untuk menumis
Bahan untuk tumisan (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- ½ belacan bakar
- 4-6 biji cili padi
Bahan perasa
- 3 sudu kicap cair
- 4 sudu Sos Tiram
- 2 sudu kicap manis
- Rencah maggi cukup rasa(jika perlu)
Bahan bahan untuk ayam goreng
- 4-5 ketul potongan ayam
- Tepung goreng ayam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk kari
- Garam secukup rasa
Bahan Hiasan (Tambahan)
- Timun
- Bawang Goreng
Cara Penyediaan Resepi Nasi Goreng Ayam
Cara cara memasak ayam goreng :
- Bersihkan ketulan ayam dahulu kemudian asingkan
- Bancuh tepung untuk menggoreng, campurkan sekali dengan serbuk kunyit dan serbuk kari.
- Masukkan ketulan ayam yang sudah dibersihkan tadi dalam bancuhan tepung, lumur dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak masak, kemudian goreng ayam dengan api yang sederhana
- Angkat ayam yang sudah masak sempurna dan toskan minyak.
- Asingkan ayam ke bekas yang lain.
Cara cara memasak nasi goreng:
- Masukkan minyak untuk mula menumis, tumis bahan bahan seperti bawang putih, bawang merah, belacan bakar dan cili padi yang sudah di tumbuk.
- Setelah bahan tumisan sudah naik bau, pecahkan telur ayam dan mula kacau dengan sebati.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
- Masukkan nasi dan bahan bahan perasa. Gunakan api yang kuat, dan kacau sehingga semuanya sebati.
- Matikan api, dan boleh mula menghidang.
*Sebagai tambahan, anda boleh hias dengan bawang goreng dan potongan timun. Semuanya mengikut citarasa anda kerana hidangan nasi goreng ayam ini mempunyai pelbagai variasi yang menjadikan hidangan ini nampak lebih menarik.
Penambahan dan Tips Ringkas
- Boleh juga tidak memotong kecil ketulan ayam sekiranya anda mahu. Letakkan bersama nasi goreng apabila selesai memasak.
- Elakkan masak bahan bahan tadi dengan menggunakan api besar, supaya bahan tidak hangit di bawah.
- Lebih enak dimakan bersama sup kosong.
Selamat mencuba dan nantikan resepi yang lain daripada kami.
Resepi Nasi Goreng Yang lain
Nasi Goreng Pattaya | Nasi Goreng USA |
Nasi Goreng Thai | Nasi Goreng Tomyam |
Nasi Goreng Ayam | Nasi Goreng Cendawan |
Nasi Goreng Daging Merah | Nasi Goreng Kampung |