resepi nasi goreng belacan

Resepi Nasi Goreng Belacan Memukau

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi nasi goreng belacan yang sedap? Nasi goreng merupakan menu yang sering menjadi pilihan ramai kerana hidangan ini sangat mudah, cepat dan menyelerakan. Antara nasi goreng yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi goreng belacan. Kesedapan belacan mampu membuatkan nasi goreng menjadi lazat dan tidak cukup dengan hanya sepinggan.

Pengenalan

Belacan merupakan bahan utama dalam resepi nasi goreng belacan. Untuk menambahkan lagi aroma belacan dalam nasi goreng, ia perlu dibakar terlebih dahulu. Ini akan membuatkan bau belacan semerbak harum apabila anda menumisnya nanti.

Selain itu, untuk lebih rasa padu, anda boleh menambah beberapa batang cili kering dalam bahan tumisan untuk nasi goreng ini. Ini adalah pilihan jika anda mahukan nasi goreng belacan yang lebih pedas. Nasi goreng belacan juga sesuai dihidangkan bersama hirisan timun atau telur mata goreng. Mari kita pelajari cara-cara untuk menyediakan nasi goreng belacan yang istimewa ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Nasi Goreng Belacan

  • 5 senduk nasi putih
  • 3 inci belacan (dibakar) *
  • 3 biji cili padi *
  • 3 batang cili kering *
  • 1 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 sudu besar ikan bilis *
  • 3 biji telur
  • 5 batang kacang panjang (dipotong 1cm)
  • Garam secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Nasi Goreng Belacan

  1. Tumbuk kesemua bahan-bahan bertanda * sehingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi. Tumis sehingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan telur (tidak perlu dipukul). Biarkan telur menjadi sedikit garing dalam minyak tumisan. Kemudian baru lah gaul sekata.
  4. Selepas itu, masukkan nasi putih, kacang panjang dan garam. Perlahankan sedikit api. Gaul rata kesemuanya. Jika tidak cukup masin boleh tambah sedikit lagi garam, adjust ikut selera.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Boleh tambahkan sedikit cuka dalam tumisan jika mahu rasa sedikit masam.
  • Boleh tukar sayur kacang panjang kepada sayur lain seperti kailan atau kangkung.
  • Jika mahu lebih pedas, boleh tambahkan lagi cili kering.
  • Gunakan nasi yang telah dimasak semalaman untuk rasa nasi goreng lebih sedap dan tekstur nasi lebih cantik.

Resepi Pelbagai Nasi Goreng

Nasi Goreng PattayaNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 13 =