resepi nasi goreng tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam yang Simple Dan Sedap

Nak makan apa hari ni? Bagi golongan yang bekerja atau suri rumah yang sibuk menguruskan anak-anak, semestinya hidangan yang mudah sangat menjadi dambaan hati bukan? Dalam artikel kali ini, saya akan memasak resepi nasi goreng tomyam yang semestinya enak dan mudah untuk disediakan dan digemari oleh rakyat Malaysia tidak kira usia dan bangsa.

Apa itu Nasi Goreng Tomyam ?

Nasi goreng tomyam adalah salah satu dari variasi nasi goreng yang merupakan hidangan popular di restoran Thai dan sinonim dengan rakyat Malaysia. Diilhamkan dari hidangan terkenal di Thailand iaitu Tom yum, nasi goreng tomyam menggunakan bahan masakan persis resepi asal Tom yum. Keseimbangan pada rasa masam, masin dan pedas adalah penunjuk aras kepada kejayaan menghasilkan hidangan ini.

Masa untuk memasak: 15 minit

Jumlah Hidangan: 3 orang makan

Bahan-Bahan Masakan Nasi Goreng Tomyam

Bahan-Bahan Asas:

  • 4 senduk nasi putih
  • 2 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili padi ( Jika suka pedas, boleh lebihkan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar pes tomyam (Saya gunakan pes tomyam keluaran Peace Brand)
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun limau purut yang dicarik-carikkan
  • ½ batang lobak merah yang dihiris panjang
  • 5-6 ekor udang yang dibuang kulitnya dan dibersihkan
  • 2 ekor sotong yang dipotong bulat dan dibersihkan
  • Garam secukup rasa

Bahan rencah untuk dihiris

  • 2 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan Nasi Goreng Tomyam

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan rencah yang telah dihiris sehingga naik bau dan kekuning-kuningan.
  2. Masukkan pes tomyam dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Selepas itu, masukkan udang dan sotong. Gaul rata dengan bahan tumisan kita tadi.
  4. Setelah udang dan sotong masak, masukkan telur dan gaul seketika di atas api yang perlahan.
  5. Tambahkan lobak merah, garam secukup rasa dan daun limau purut untuk menaikkan bau masakan.
  6. Kemudian masukkan pula nasi putih dan gaul sehingga sebati. Nasi goreng tomyam anda sedia untuk dihidang.

Tips Berguna

  1. Penggunaan nasi yang telah sejuk adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada nasi goreng menjadi lembik.
  2. Sekiranya ingin mengurangkan bau hanyir udang dan sotong, gaulkan bahan-bahan tersebut dengan tepung gandum dan sedikit asam jawa lalu dibersihkan.
  3. Anda juga boleh menggoreng terlebih dahulu udang dan sotong untuk menyedapkan lagi masakan.
  4. Jika bahan tumisan terlalu kering dan melekat di kuali, tambahkam sedikit air tapi, pastikan bahan tumisan kelihatan pekat sebelum memasukkan nasi.

Resepi Nasi Goreng Yang lain

Nasi Goreng PattayaNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 17 =