Resepi Biskut Badam

Resepi Biskut Badam Yang Rangup

Bagaimanakah cara untuk membuat biskut badam yang rangup? Menjelang hari perayaan antara biskut klasik yang menjadi pilihan adalah biskut badam. Anda mungkin jarang menemukan biskut ini, namun biskut badam tetap enak apabila dinikmati bersama dengan biskut-biskut yang lain. Selalunya golongan warga berusia lebih gemar akan biskut ini kerana ia biskut yang mudah dan tidak terlalu ‘hipster’.

Pengenalan

Walaupun ia mudah, biskut badam ini adalah rangup dan sangat enak apabila dimakan. Bahan-bahan untuk menghasilkan biskut badam juga mudah didapati dan senang untuk disediakan. Masa membuat biskut badam ini juga tidak lah lama berbanding biskut lain. Mari kita pelajari cara-cara untuk membuat biskut badam ini.

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

Jumlah Hidangan: 43-48 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Badam

Bahan-Bahan:

  • 150 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung kastard
  • 75 gram tepung jagung
  • 150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram serbuk badam
  • Bahan untuk hiasan:
    • 1 biji kuning telur
    • badam cincang

Cara-Cara untuk Membuat Resepi Biskut Badam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan butter dan gula aising didalam bekas bulat. Pukul dua bahan ini sehingga kembang dan bertukar warna putih.
  2. Kemudian masuk telur dan esen vanilla ke dalam adunan butter tadi. Pukul lagi sehingga menjadi gebu dan sebati.
  3. Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung didalam bekas yang lain.
  4. Masukkan serbuk badam ke dalam bekas yang berisi campuran tepung tadi dan gaul sehingga sekata.
  5. Kemudian masukkan campuran tepung dan serbuk badam ke dalam  bekas berisi adunan butter tadi. Masukkan sedikit sedikit dan diselang seli dengan menguli adunan ini. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan gebu.
  6. Rehatkan seketika doh anda didalam peti ais selam 10 minit.
  7. Keluarkan dan canaikan doh dipapan. Pastikan ketebalan doh yang dicanai ialah anggaran 1/2cm.
  8. Gunakan acuan kegemaran anda untuk tekap doh menjadi bentuk. Buat sehingga habis.
  9. Kemudian sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan badam kasar diatasnya.
  10. Gris dahulu tray anda dan letakkan baking paper pada tray.
  11. Susun doh yang sudah dibentuk kedalam tray dan masukkan kedalam oven.
  12. Bakar dengan menggunakan suhu 170 celcius selama 15 minit.
  13. Keluarkan dan biarkan ia sejuk.
  14. Masukkan didalam bekas kedap udara supaya biskut anda tidak lemau.

Tips Berguna:

  • Anda boleh membeli badam yang sudah disiap kisar halus atau kasar dikedai kedai sekiranya anda tidak ada masa untuk membuatnya sendiri.

Selamat Mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 5 =