Resepi Biskut Arab

Resepi Biskut Arab yang Gebu dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut arab yang gebu dan sedap untuk disediakan? Biskut arab adalah sama dengan biskut suji yang mana ianya berasal dari Arab. Tapi ramai yang keliru apakah beza diantara biskut suji, biskut arab dan biskut makmur. Biskut makmur mempunyai inti di dalam sama ada kacang ataupun kurma manakala biskut suji dan arab tidak mempunyai inti di dalam.

Selain itu, biskut makmur dan biskut arab juga disaluti dengan gula kastor agar menambahkan rasa manis biskut tersebut. Biskut arab pula kebiasaannya berwarna putih dan ada juga yang berwarna-warni. Malahan, biskut arab juga merupakan salah satu biskut raya tradisional yang popular pada musim Hari Raya Aidilfitri. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut arab yang gebu dan sedap.

Pengenalan

Biskut arab paling digemari oleh semua golongan umur termasuklah dari yang kanak-kanak sehingga warga emas. Hal ini kerana teksturnya yang gebu dan cair di dalam mulut. Malahan, cara penyediaannya juga amat mudah dan menggunakan tidak banyak bahan. Hanya perlu membentukkan bulat sahaja tanpa perlu menggunakan acuan kuih.

Yang paling menjadi kegemaran ramai adalah biskut arab susu yang mana biskut arab susu akan disaluti dengan campuran gula aising dan susu tepung. Rasa susu itu menambahkan lagi rasa lemak biskut ini. Mari kita cuba resepi biskut arab yang gebu dan sedap.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Arab 

  • 200 gram minyak sapi 
  • 70 gram planta 
  • 40 gram gula kastor
  • 580 gram tepung gandum

Cara- cara memasak Resepi Biskut Arab

  1. Masukkan minyak sapi, planta dan gula kastor di dalam mangkuk sederhana besar. Hanya dengan menggunakan whisk ataupun senduk kayu, kacau adunan sehingga sebati. Adunan ini tidak perlu pukul sehingga kembang menggunakan mixer. Cukup sekadar semua bahan sebati.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga semua bahan sebati dan tidak melekat pada tangan. 
  3. Apabila sudah sekata semua bahan, bulatkan doh sekecil duit 10 sen. Kemudian, sapukan mentega pada dulang pembakar agar biskut tidak melekat pada dulang pembakar. Selepas itu, susunkan doh yang telah dibulat kecil di atas dulang pembakar.  Boleh susun agak rapat kerana biskut ini tidak kembang kerana tidak mengandungi serbuk penaik.
  4. Sementara itu, boleh panaskan ketuhar pada suhu 180C. Apabila semua doh sudah siap dibulatkan dan disusun di atas dulang pembakar, boleh masukkan ke dalam ketuhar. 
  5. Bakar biskut arab ini pada suhu 180C dengan menggunakan kaedah api atas bawah selama anggaran 15 minit. Tetapi bergantung juga kepada ketuhar masing-masing. Apabila biskut sudah siap dibakar, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika.
  6. Apabila biskut sudah sejuk, bolehlah golekkan biskut tersebut di atas gula aising. Kalau inginkan biskut yang lebih enak, boleh campurkan gula aising bersama susu tepung. Kemudian, apabila siap digolek bolehlah disusun ke dalam balang biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.
  7. Selamat mencuba resepi mudah ini.

Tips berguna:

  • Anda juga boleh masukkan susu tepung di dalam adunan biskut arab anda jika mahukan rasa lemak susu yang berkrim.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Coklat Chip Famous Amos

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + one =