Bagaimanakah cara untuk membuat sotong bakar bersambal yang sedap? Terdapat pelbagai jenis resepi sotong bakar yang viral antaranya sotong bakar Thai, sotong bakar madu, sotong bakar bersambal, sotong bakar berempah, sotong bakar Portugis dan sotong bakar sumbat. Bagi peminat masakan pedas, anda seharusnya mencuba resepi pedas ini iaitu sotong bakar bersambal. Ia sesuai untuk dibuat sebagai lauk untuk makan tengahari atau makan malam. Selain dimakan bersama nasi, hidangan sotong bakar bersambal boleh juga dicicah bersama air asam.
Pengenalan
Sotong bakar bersambal merupakan hidangan enak dan diminati ramai. Masakan sotong bakar bersambal sudah tentu akan menjadi lebih enak jika menggunakan sotong yang segar. Dengan adanya sambal, sotong yang dimasak tidak menjadi muak. Bahkan, dengan kepaduan rasa sotong dan sambal membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu untuk menikmatinya berkali-kali.
Hidangan yang lazat ini sesuai dinikmati bersama keluarga tercinta. Jika anda merasakan harga masakan sotong agak mahal di luar, maka, marilah kita mencuba untuk memasak sotong bakar bersambal di rumah. Resepinya mudah dan akan menyelamatkan poket anda daripada kekeringan. Mari kita pelajari cara-cara untuk memasak resepi istimewa ini.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Sotong Bakar Bersambal
- 3 ekor sotong bersaiz besar
- 15 tangkai cili kering * (direndam dengan air panas 15 minit)
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 3 batang serai *
- 1 inci belacan *
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 sudu besar gula
- 1 helai daun limau purut
- 2 sudu kecil garam
- Sedikit perasa
- Minyak untuk menumis
- Daun pisang (optional)
Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Sotong Bakar Bersambal
- Mula-mula bersihkan sotong, boleh kelarkan sedikit badan sotong. Toskan sotong untuk keringkan air.
- Kemudian kisarkan semua bahan-bahan bertanda *. Masukkan hanya sedikit sahaja air.
- Panaskan minyak, tumiskan semua bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan daun limau purut, asam jawa, gula, perasa dan garam secukupnya. Gaul rata dan kemudian tutup api.
- Susunkan sotong di atas daun pisang, kemudian letakkan sambal di atasnya. Bakar dalam air fryer atau dalam oven pada suhu 180 C selama kira-kira 30 minit dengan api atas dan bawah. Bakar sehingga sotong masak.
Tips Masakan
- Boleh tambahkan petai dalam sambal jika suka.
- Pastikan sotong tidak terlalu berair semasa meletakkan sambal di atasnya. Dikhuatiri sambal akan menjadi berair apabila masak dalam oven nanti.
- Boleh juga memanggang sotong secara barbeku.
- Jika tiada daun pisang, boleh gunakan daun kunyit atau aluminum foil.
Pelbagai Resepi Sotong Lain