resepi sotong salted egg

Resepi Sotong Salted Egg Terpukau

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi sotong salted egg yang sedap? Sotong salted egg atau dipanggil sebagai sotong masak telur masin merupakan masakan yang digemari ramai. Masakan ini menjadi popular setanding dengan resepi masakan buttermilk yang lemak berkrim. Selalunya jenis masakan ini tersenarai dalam menu hidangan untuk sotong, udang, ketam dan juga ayam di kebanyakkan restoran.

Pengenalan

Masakan sotong salted egg adalah sotong goreng yang disaluti dengan kuah pekat telur masin. Masakan ini juga terdapat dalam dua jenis pilihan iaitu sama ada berkuah atau kering. Bagi mereka yang sukakan kerangupan, pilihan jenis kering adalah lebih digemari. Rasa lemak, masin, manis dan aroma daun kari menyebabkan masakan ini menjadi istimewa dan mendapat sambutan ramai.

Jika di kedai makan, masakan ini tergolong antara masakan yang agak mahal. Namun dengan mempelajari resepinya, anda kini boleh memasaknya sendiri di rumah. Cara membuatnya adalah mudah dan bahan-bahan diperlukan tidak rumit. Jika anda mahu lebih mudah, anda boleh dapatkan serbuk telur masin yang dijual di kedai berbanding menggunakan telur masin rebus. Mari kita cuba membuat masakan ini di rumah untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sotong Salted Egg

Untuk Menggoreng Sotong:

  • 1/2 kilo sotong
  • 1 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih ajinomoto
  • 2 biji telur (dipukul)

Untuk Salutan Salted Egg:

  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar serbuk telur masin (boleh juga guna 2 biji telur masin siap rebus)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cawan susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula (optional)

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Sotong Salted Egg

Untuk Sotong Goreng:

  1. Bersihkan sotong dan potong kepada beberapa bahagian.
  2. Celupkan sotong dalam telur yang telah dipukul.
  3. Kemudian, salutkan sotong dengan campuran tepung serbaguna, tepung jagung, tepung beras dan lada putih.
  4. Gorengkan hingga keperangan. Ketepikan.

Untuk salutan salted egg:

  1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.
  2. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumiskan sehingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan susu cair, serbuk telur masin dan gula. Kacau sehingga sedikit kering dan likat.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah digoreng tepung tadi. Perlahankan api dan gaul rata kesemuanya sehingga sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Jangan buka api terlalu besar semasa memasak kuah salutan salted egg kerana ia boleh menyebabkan kuah hangus dan terlalu kering.
  • Jika menggunakan telur masin rebus, boleh ambil 2 biji telur merahnya dan 1 sudu kecil telur putihnya. Jika tidak mahu letakkan telur putih pun tidak mengapa. Lenyekkan kesemuanya sebelum ditambah ke dalam masakan. Tapi, jika anda suka, boleh tambahkan lagi telur merah ikut selera.

Pelbagai Resepi Sotong Lain

Resepi Singgang SotongResepi Ketupat Sotong Kelantan
Resepi Ketupat Sotong TerengganuResepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi Sotong Goreng KunyitResepi Sambal Sotong
Resepi Kerabu SotongResepi Kari Sotong
Resepi Sotong SumbatResepi Sotong Masak Hitam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 4 =